Friday 22 August 2014

Kuali Pencen


kuali ini sudah pencen
sebab sudah bocor dan tak boleh dipateri atau ditampal lagi
dibeli pada tahun 1980 sewaktu saya mula2 kahwin
(1983 masuk umno)
betullah seperti orang tua2 kata
barang dulu tahan lama
agaknya dalam politik pun sama
orang dulu tahan lama
tidak seperti orang zaman sekarang
orang dulu tidak ada kepentingan diri dan tidak pernah tanya apa yang parti boleh bagi jika pun memegang jawatan
orang sekarang tanya itu dulu
sebab tu bila tak dapat apa2
dia lari
saya pun lari juga
tapi lari saya lain
saya lari hanya kerana mahu menulis secara lebih bebas
bukan kerana parti tak beri apa2
kerana dulu pun saya tak pernah minta apa2
walaupun saya bertugas di pejabat umno bahagian
saya dan kawan2 lama yang lain samalah seperti kuali pencen
dah lama orang guna untuk goreng nasi dan lain2
sekarang sangkut di dinding sebagai kenangan sahaja
tiada siapa ambil peduli lagi

No comments:

Post a Comment