Monday 18 August 2014

PAS dan Harimau Belang

sepertimana juga anggota tentera
saya pun lama dalam hutan
bezanya saya kerja ukur
tentera kerja cari musuh dan tembak
yang lain2 sama sahaja
berjalan
hutan
bukit bukau
lembah

sesat
hujan panas
lapar dahaga 
nyamuk
pacat berbulu dan berbelang2
ular sawa dan tedung
kala jengking sebesar pinggan
lipan besar dan merah
beruang
gajah
babi hutan
rhino
kijang
harimau belang
semua kami jumpa
dan satu juga yang kami sama2 tahu
harimau yang terkena jerat kakinya
(walaupun jerat itu untuk kijang sebenarnya)
akan tetap berusaha sedaya upaya melepaskan juga dirinya
walaupun dengan memotong kakinya sendiri dengan cara menggigitnya
selepas terlepas dan sakit
jumpa sapa pun sangat merbahaya
saya harap
pas bukan seperti harimau dalam hutan
yang baru sahaja berjaya melepaskan dirinya dari jerat yang terkena itu

No comments:

Post a Comment