Tuesday 26 August 2014

Program Gotong Royong PDK Semerak Bersama SMK Cherang Ruku


Gambar2 program gotong royong PDK Semerak bersama SMK Cherang Ruku yang dihadiri bersama oleh Puan Wan Marzida Bt Dato' Hj Wan Omar, Pengerusi PDK Semerak, sebahagian daripada AJK, sebahagian daripada ibubapa, semua pelatih2 PDK, semua petugas2 PDK, Pen Kanan Pentadbiran SMK Cherang Ruku (Cikgu Zailani Mohammad), Pen Kanan Ko SMK Cherang Ruku (Ustaz Hj Affendi Hj Adam), beberapa orang guru dan semua pelajar2 ting 4 SMK Cherang Ruku.

Tarikh program 26.08.2014 Selasa
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh
Tempat : PDK Semerak 

Terima kasih diucapkan kepada pengerusi PDK Semerak kerana berjaya mengajak SMK Cherang Ruku untuk bersama2 menjayakan program ini.

Terima kasih diucapkan kepada Pen Kanan Pentadbiran dan Pen Kanan Ko SMK Cherang Ruku serta guru2 yang hadir kerana sudi memberikan kerjasama dengan membawa pelajar2 sekolah dan juga sudi mendermakan kerusi beserta meja kepada PDK Semerak.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Aniyah Bt Datuk Hj Jelani, isteri Ustaz Hj Affendi Adam kerana sudi memberikan sumbangan dalam bentuk hamper, nasi tengahari, kueh mueh, hadiah2 serta wang raya kepada pelatih2 dan ibubapa yang hadir. 

Terima kasih kepada semua petugas2 dan ibubapa yang telah sudi bersama.

Program berjalan lancar dan sangat meriah dengan acara sampingan sukan ringan.

AlhamdulilLah dan Tahniah kepada semua.

No comments:

Post a Comment