Friday 22 August 2014

Tiada Rasa Kerana Bencikan Kerajaan Pusat?

"Bakpo eh ambo x sero sebagaimana rakyat M'sia lain? Mngkn sbb bkey worih warah ambo bokali. Tp bilo baca status dan gmbr mangsa kekejaman zionis di Gaza yg menimpa wanita, kanak2 x berdosa ambo raso sedih dn geram."

sepatutnya orang yang mebuat komen seperti di atas itu cepat2 memohon maaf diatas keterlanjuran berkata2 yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga mangsa tragedi apabila saya membuat teguran
bergurau atau memperli dibolehkan termasuk dalam isu2 politik tapi bukan dalam suasana kesedihan yang sedang menyelubungi ahli keluarga mereka yang terlibat
bagi saya lebih baik kita mengambil sikap yang lebih sederhana jika pun dirasakan kerajaan cuba mempolitikkan isu mangsa mh17 ini
isu mangsa kekejaman zionis terhadap penduduk gaza bukan sahaja mendapat simpati seluruh rakyat malaysia sahaja malahan seluruh masyarakat dunia yang bencikan kekejaman pun bersimpati juga tetapi membandingkannnya dengan nasib yang menimpa rakyat malaysia melalui tragedi mh17 adalah tidak wajar
isu gaza menghendaki simpati dan tindakan berskala dunia sedangkan isu mh17 mengharapkan simpati dan tindakan rakyat dan kerajaan malaysia secara khusus dan inclusive
oleh kerana sikap orang ini saya anggap agak keterlaluan dan tidak ada perasaan untuk berkongsi kesedihan dengan orang lain
maka saya terpaksa 'simpan' sahaja dulu beliau buat sementara
diharap kawan2 lain jadikannya sebagai sempadan dalam berbicara walaupun dalam fb

No comments:

Post a Comment