Thursday 21 August 2014

Manusia dan Anjing

anjing betina ini ada 4 ekor anak
anak2nya sudah besar
kepunyaan jiran belakang rumah saya
orang siam
sebelum ini keempat2 kakinya normal
sudah lama saya tak tengok dia melintas depan rumah saya
hari ini dia melintas berjalan dengan tiga kaki
sebab satu kaki depannya cedera mungkin patah
saya tak tahu kenapa
mungkin tersepit
mungkin masuk pagar rumah orang kena pukul
atau lain2 kemungkinan
apa pun
jikalau dia dipukul dan diseksa
saya sangat tidak suka dan berkenan di hati
walaupun dia anjing
dia tetap haiwan yang harus dihalau sahaja jika masuk dalam kawasan rumah
bukan dengan menyiksa sehingga patah kakinya
hanya akibat geram
yang salah ialah tuan rumah kerana cuai tidak menutup pagar
hidup bermasyarakat dengan kaum lain
kadang2 kita kena faham dan bertolak ansur sedikit
kawasan rumah saya pun selalu anjing masuk tapi saya hanya halau sahaja
tidak tergamak saya nak lempar parang atau golok
sebab saya yakin jika haiwan cedera
kita pun akan menerima balasannya tidak lama lagi
 
 

No comments:

Post a Comment