Friday 22 August 2014

Pantai Bisikan Bayu Semerak Perlu Dibangunkan Lagi

lama kami tak pergi berkelah di pantai bisikan bayu semerak walaupun tak jauh dari rumah kami
petang tadi anak2 saya ajak gi makan meehoon goreng di sana
ingat nak memancing sekali tapi kedai tutup nak beli mata kail dan batu serta cili
jadi gi makan dan ambil angin sahajalah
saya tengok orang agak ramai jugak
saya anggarkan lebih kurang 500 - 700 orang tua muda kecil besar yang berkunjung
tapi tak ramai yang mandi
kerana ombak agak besar dan air laut pun keruh
walau bagaimana pun
orang ramai agak terhibur juga
apabila ada permainan jet ski tarik satu orang atas pelampung yang dipanggil 'heat'
dan juga jet ski tarik 'banana boat' dan 'band wagon' yang boleh memuatkan seramai 6 orang setiap satu
saya cadangkan aktiviti riadah seperti ini diperluaskan lagi dengan kerjasama MDPP membina bangunan tambahan yang sesuai di dua lokasi pesisir pantai popular ini
satu di hujung berdekatan dengan resort tok aman bali
satu lagi di hujung mula2 masuk cabang tiga
bangunan ini hendaklah disewakan kepada pengusaha jet ski berkenaan dan hendaklah dilengkapkan juga dengan tandas awam berbayar dan menara pengawal pantai
menara seperti ini sangat penting untuk mengawal dan mengawas aktiviti sukan laut ini supaya keselamatan orang ramai terjamin

 

No comments:

Post a Comment