Saturday 30 August 2014

Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Rakyat - Suatu Pencerahan

(PENCERAHAN YG JITU KEMELUT MB SELANGOR....A MUST READ ARTICLE)

Posted by sakmongkol AK47 at 3:05 am , Links to this post , 6 comments
FRIDAY, 29 AUGUST 2014
Kemelut Politik Selangor.

Apa yang sedang berlaku di Selangor ialah pengajaran untuk semua rakyat Malaysia. Kerana yang sedang diadili dan diserang ialah konsep demokrasi berparlimen dan representative democracy. Semua rakyat Malaysia yang cintakan kuasa rakyat dan yakin kepada representative democracy mesti menyibukkan diri mereka dalam isiu ini. Ia nya bukan lagi masaalah rakyat Selangor.
Pertamanya- nyatalah Khalid Ibrahim bukan seorang gentleman. Perlembagaan Malaysia diciptakan untuk gentlemen. orang yang tidak ikut perlembagaan, tidak gentleman. Kalau saya boleh tambah, perlembagaan adalah untuk orang yang bertamaddun. Hanya orang yang tidak bertamanddun sahaja yang engkar kepada perlembagaan.
Khalid Ibrahim semasa mengadap Tuanku Sultan boleh menolak titah raja sebab dia ada alasan kuat. dia boleh menyatakan- patik bukan orang yang ada sokongan majoriti. wan azizah orang nya. dialah yang patut dititah mengadap selepas ini. patik tidak ada locus standi untuk terus jadi MB.
Tapi Khalid melakukan sidang akhabar dan menyatakan bahawa Sultan mahukan dia kekal lagi sebagai MB. Itu dia yang cakap. Boleh kita percaya cakap Khalid? Siapa yang mahu percaya cakap Khalid lagi? bila nama nya seorang sahaja yang dikemukakan untuk jawatan MB tahun 2013, dia masih lagi boleh lie in the face, dan mengatakan ada nama lain selain dari nama dia yang dikemukakan? Mana boleh kita percaya Khalid.
Tapi kita tahu Khalid. Dialah manusia terpandai dalam Selangor. Tidak ada Khalid Ibrahim, Selangor akan hancur lebur. Kehebatan Khalid mentadbir Selangor dimitoskan. Mitos kehebatan Khalidlah yang didewa dewakan.
Mereka yang berdemontsrasi menyokong Khalid siapa yang mengupah mereka? tidakkah mereka tahu atau penganjur demontrasi tahu bahawa jawatan MB bukan jawatan yang dipilih melalui direct election?
Kita tinggalkan bicara mengenai Khalid kerana ianya membazir waktu dan kerahan minda.
Dalam bahasa yang semudah mudah nya- raja berpelembagaan bererti raja tidak memilih pemimpin politik. Dia tidak mencipta majority dimana majoriiti tidak ada in the first place.
Maka , dengan segala hormat dan sembah takzim, saya menyatakan bahawa penghantaran surat kepada parti parti politik supaya mengemukakan lebih dari 2 nama- tidak constitutional. Siapa yang menasihat Raja kita seperti ini? Ini memberi peluang Raja mencipta majority dimana majority tidak ada sebermulanya.
Ini akan mengheret nama baik Tuanku Sultan dan mendedahkan ia kepada teguran yang tidak boleh dikawal. Adakah ketua majority dalam parlimen akan menyembahkan lebih dari satu nama untuk jadi PM? Sekarang ini BN mewakili parti majority dalam parlimen. Ketua nya Dato Najib Razak. Mustahil Dato Najib mengemukakan dua nama kepada YDP Agung untuk memilih siapa hendak jadi PM.
Prinsip nya sama. Kita jangan melihat isiu memilih MB Selangor sebagai isiu yang mengikat tangan Tuanku Sultan. Kita mesti melihat isiu pemiilihan MB ini sebagai isiu mengesahkan demokrasi berparlimen terus hidup. Kebebasan Tuanku Sultan tertakluk kepada perlembagaan.Kita mesti menjaga dan melindungi perlembagaan kerana disana hak kita terpelihara.
Jika Raja ada kebebasan dalam kes memilih PM ianya adalah dalam menentukan bahawa PM itu Melayu dan beragama Islam. Siapa dia- si-ahmad, najib, razaleigh, anwar- tidak releven. Soalan yang bebas ditanya ialah adakah anda mewakili majority? Jika jawapan nya affirmative- maka orang tulah jadi PM.
Menasihatkan Tuanku memilih pemimpin politik dan memilih ketua eksekutif mendedahkan rakyat kepada malapetaka politik. Bila kita merdeka , kita berikan kuasa kepada rakyat. Kita ujudkan raja berpelembagaan kerana kita menolak raja mutlak. Nampaknya hanya orang UMNO mahu kembali kezaman gelap raja mutlak yang digambarkan oleh Pendita Zaaba sebagai zaman yang memeras, memicit dan menghamba-abdikan rakyat. UMNO hendak orang Melayu kembali pada zaman purba kala kah? Sekarang kita rampas kuasa dari rakyat dan hendak mengembalikan system raja mutlak?
Saya setia kepada raja Melayu- tapi saya setia kepada raja berperlembagaan. Yakni raja yang tertakluk kepada perlembagaan dan bukan diberikan kuasa oleh penasihat yang pro fiudal untuk memilih pemimpin politik dan mencipta majority where there wasn’t any majority previously. Ia akan jadi political musical chair.
Katalah Tuanku Sulatan Selagor memilih seorang individu yang dicadangkan oleh PAS tapi bukan Wan Azizah-individu itu akan berdepan dengan kemungkinan undi tidak percaya bila dewan bersidang. Jika individu itu hilang kepercayaan dewan disebabkan 30 ADUN tidak menyokong nya, siapa yang akan mendapat aib? Tuanku Sultan.
Rakyat , tidak kira apa fahaman politik mesti menjaga hak demokratik kita. Hak demokratik kita ialah menjamin supaya aturan perlembagaan diikut.
Tidak mengikut nasihat Sultan boleh dianggap biadap atau kurang ajar. Penolakan nasihat raja tidak perlulah mengundang kenyataan dari askar tentera atau mana2 pihak bahawa mereka akan mempertahankan insitusi raja sehingga tetesan darah terakhir. Tidak ada orang yang mencadangkan insitusi Raja dimansuhkan.
Sekali lagi saya ingatkan, system raja kita ialah system berpelembagaan. Kita bukan hidup dalam zaman feudal. Hormatlah tok nenek kita yang berjuang untuk mendapatkan demokrasi untuk rakyat.
Lagipun, konsep durhaka tidak ada force of law- durhaka bukan suatu jinayah yang boleh dihukum mengikut mana2 kanun.
Kita bukan kurang setia kepada raja, tapi kita lebih setia kepada demokrasi perwakilan. Perkara ini semua kena faham; orang UMNNO pun janganlah mengkudakan institusi raja untuk kepentingan politik mereka. Semua parti dalam Malaysia komited kepada demokrasi dan raja berpelembagaan.
Mengenai raja berpelembagaan ianya ialah raja itu bertakhta tapi tidak memerintah. Perkara ini amat pentng. Raja2 kita bukanlah beraja secara mutlak. Mereka tertaklok kepada undang2 tubuh Malaysia. Sebab itu kita jangan main2 dengan perlembagaan kita. Ianya suatu dokumen untuk meregulasi hubungan antara rakyat dengan pemerintah, dengan kerajaan, dan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan merincikan tanggung jawab kerajaan pusat dan negeri. Juga merincikan tanggungjawab raja2 Melayu.
Kepada yang membaca kuasa raja berpelembagaan sebagai kuasa mutlak atau memimpikan rejim kuasa yang demikian, hendaklah kita ingat bahawa selain daripada berperanan sebagai symbol perpaduan negara, raja2 kita mungkin mempunyai kuasa seperti membubarkan dewan rakyat atau dewan negeri atau memberi perkenan kepada rang undang2. Perlaksanaan dan perlakuan kuasa2 demikian secara umum nya ada suatu formality sahaja dan tidak memberi peluang kepada raja2 untuk memperlakukan atau bereksperimen dengan keinginan dan kecenderungan politik nya.
Raja kita ialah fountain of justice untuk semua.

Print
Posted by sakmongkol AK47 at 3:49 pm , Links to this post , 21 comments

No comments:

Post a Comment