Sunday 20 October 2013

UMNO Bahagian Pasir Puteh 2013/16 (siri 1)

Dipagi yang hening dengan hujan yang renyai-renyai ini saya ingin mengucapkan Tahniah kepada semua yang telah menang dalam pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh semalam terutamanya kepada YB Cikgu Zawawi Othman yang mengekalkan jawatan Ketua. Beliau menang bergaya dengan majoriti yang besar mengalahkan pencabar YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor.

Sepertimana yang saya pernah tulis sebelum ini, saya harap yang menang jangan terlalu rasa megah diri dan sombong, tetapi hendaklah merasa syukur dan menganggap kemenangan sebagai amanah besar yang hendak dipikul. Amanah ini akan disoal dikemudian hari. 

Selain daripada itu, yang menang hendaklah menghormati yang kalah kerana itulah caranya jika hendakkan supaya perpaduan dalaman parti dipertingkatkan.


Sementara yang kalah pula, terimalah kekalahan itu dengan hati yang terbuka.

Tahniah sekali lagi.

No comments:

Post a Comment