Tuesday 15 October 2013

Terbitan Khas

Kesan Perubahan Sistem Pemilihan UMNO 2013 (siri 2)
Sistem pemilihan menghendaki perwakilan menulis nombor calon yang hendak dipilih
kenapa tidak dibuat supaya memangkah sahaja dalam kotak seperti pilihanraya?
saya khuatir akan ada perwakilan yang akan tersilap tulis
contoh nak tulis '28'
tapi tertulis '82'
maka rosak dan rugilah kertas undi itu
walaupun satu undi
maklumlah ramai juga perwakilan di negeri kelantan orang2 kampong dan orang2 tua
mereka lebih fasih tulis jawi
bahkan di tempat saya
masih ada perwakilan yang tidak tahu menulis dan membaca pun
tetapi mereka dipilih kerana kuat parti
dan ada juga disebabkan mereka ini adalah pemegang jawatan JKKKP
dan dianggap sebagai orang kuat ketua

disebabkan masalah inilah saya rasa
pemilihan wanita pasir puteh baru2 ini
memakan masa sehingga jam 2 pagi
baru selesai
sesetengah kaum ibu sudah pun pulang
kerana mereka ada tanggungjawab terhadap suami dan keluarga di rumah

No comments:

Post a Comment