Monday 28 October 2013

Divide and Rule




“In politics and sociology, divide and rule (or divide and conquer) (derived from Greek: διαίρει καὶ βασίλευε, diaírei kaì basíleue) is gaining and maintaining power by breaking up larger concentrations of power into pieces that individually have less power than the one implementing the strategy. The concept refers to a strategy that breaks up existing power structures and prevents smaller power groups from linking up.
The maxims divide et impera and divide ut regnes were utilised by the Roman ruler Caesar and the French emperor Napoleon.”
DS Najib Perdana Menteri Malaysia mengamalkan pemerintahan dalam bentuk ini. Walaupun dalam masa yang sama beliau ialah Presiden UMNO, namun peranan yang lebih utama baginya ialah sebagai Perdana Menteri iaitu CEO tertinggi pentadbiran negara. Kuasa sebagai Perdana Menteri sudah tentulah jauh melebihi kuasa sebagai Presiden UMNO.

Dengan kuasanya sebagai Presiden UMNO, beliau hanya berkuasa dalam ruang lingkup parti UMNO sahaja, sedangkan sebagai Perdana Menteri beliau berkuasa untuk segala urusan dalam negara.

Oleh kerana beliau menggunapakai konsep di atas itu, maka sebab itulah beliau tidak pernah membuat satu pun seruan kearah perpaduan orang-orang melayu melalui dua parti terbesar orang-orang melayu iaitu UMNO dan PAS. Oleh sebab itulah, walau sekuat mana sekali pun kemahuan orang-orang melayu sendiri hendakkan perpaduan ini dicapai, cita-cita ini akan hanya tinggal harapan sahaja selagi DS Najib memerintah. Begitu juga walau sekuat mana sekali pun parti-parti melayu yang lain hendakkan supaya usaha perpaduan dibuat, parti UMNO sendiri pun tidak akan boleh berbuat apa-apa kalau pun majoriti ahli-ahlinya bersetuju selagi Presidennya sendiri tidak mahu.

Oleh itu, parti UMNO dan parti PAS tidak mungkin bersatu selagi DS Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia kecualilah beliau sendiri mahukan penggambungan ini terlebih dahulu.  Jika beliau sendiri yang mahukannya, walau sekuat mana tentangan oleh Presiden PAS sendiri pun, usaha ini tetap masih boleh diteruskan dan menemui jalannya. Saya berkata begini kerana DS Najib ialah Perdana Menteri, bukan sahaja Presiden UMNO, sedangkan Presiden PAS bukan.

Banyak tulisan-tulisan saya sebelum ini membayangkan hasrat dan cita-cita saya untuk melihat dua parti terbesar orang-orang melayu ini bersatu. Bagi sesetengah orang politik, bunyinya mustahil. Namun bagi saya, ianya bukan mustahil jika Perdana Menteri sendiri hendakkannya. Segala-galanya terbit dan bermula dari hati kecilnya. Jika beliau mahu, apa sahaja rintangan dan halangan boleh diatasi dan diberkati kerana hasrat ini sangat murni. Jika sebaliknya, tinggallah orang-orang melayu berpecah belah selama-lamanya dan kuasa ditangan Perdana Menteri pun kekal kuat dan bertambah kuat.


Maka, jika kita melihat harapan ini ada pada bakal penggantinya, marilah sama-sama kita menunggu masanya. Jika sebaliknya, marilah sama-sama kita berusaha mencari jalan walaupun dengan cara menukar pemerintahan negara pada PRU14 ini.

Berusahalah dari sekarang.

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas.

No comments:

Post a Comment