Thursday 3 October 2013

Terbitan Khas

Komen-Komen Pilihan Dalam Facebook (siri 32)

"Buah Kalu"

"Hari ini nak royat cerita KALU.
Kalu aku jadi goni.kalu aku tanding goni.kalu aku banyok pitih.kalu aku kalah.semua was was tentang KALU
KALU kawe tanding kbpp wajid kawe we pitih ke perwakilan kerna nak benang.disebabkan pemantau terlampau banyak.kawe ubah tektik.KALU kawe menang baru kawe we pitih ke perwakilan.disebabkan kedua dua sifat tak baik ni ada. kalau kawe terus maka rugi lah umno KALU ada pemimpin serupo ambo.itu sebab ambo tak tanding.itu lah cerita tantang KALU."
Susunan semula ayat supaya dapat difahami oleh orang luar daripada Kelantan:
Hari ini saya nak cerita tentang "KALAU"
Kalau saya jadi seseorang ('goni' bermaksud jawatan Ketua UMNO Bahagian)
Kalau saya bertanding sesuatu jawatan ('goni' juga bermaksud jawatan Ketua UMNO Bahagian)
Kalau saya ada banyak wang
Tapi kalau saya masih kalah selepas ini
Semua orang pun akan jadi was-was pula nanti
Oleh itu kalau saya bertanding jawatan Ketua Bahagian Pasir Puteh (kbpp)
Saya pasti akan bagi (taburkan) wang kepada perwakilan untuk menang
Tetapi oleh kerana terlalu ramai pemantau berkeliaran
Saya akan ubah taktik pemberian
Kalau menang baru saya akan berikan wang itu kepada perwakilan
Sebabnya ialah
Sifat tak baik ini sudah ada sebati pada diri saya
Oleh itu
Jika sifat ini masih lagi ada pada saya
Maka rugilah UMNO 
Kalau pemimpin seperti saya ini dikekalkan
Sebab itulah saya tidak mahu menawarkan diri untuk bertanding
Itulah kisahnya tentang "KALAU" 

  • Wan Malek apa yang dimaksudkan oleh penulis iaitu YBhg JP Kapt (B) Hj Wan Marzudi Dato' Hj Wan Omar di atas itu ialah dalam konteks politik dimana amalan 'politik wang' sudah sebati dalam diri kebanyakan pemmpin2 UMNO pada hari ini
  • Wan Malek oleh itu beliau cuba menyeru supaya pemimpin seperti ini ditolak jika pemimpin seperti ini ada yang bertanding lagi dalam pemilihan pada 19hb Okt ini

No comments:

Post a Comment