Wednesday 30 October 2013

Dato' Riduan RANHILL

Pengurniaan Jaksa Pendamai (JP) oleh KDYMM Tuanku Sultan Mohammad Ke-V


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Riduan Junoh RANHILL diatas pengurniaan darjah kebesaran Jaksa Pendamai atau JP Negeri Kelantan oleh KDYMM Sultan Mohammad V sempena perayaan hari keputeraan yang ke 44 Baginda pada 11hb Nov 2013 ini.

Ini menjadikan penerima darjah kebesaran ini dua orang di Semerak. Orang yang terdahulu ialah YBhg. Kapt (B) Hj Wan Marzudi Bin Dato' Hj Wan Omar, Pengarah Urusan Star Security Sdn Bhd.

Kedua-dua mereka adalah sahabat baik saya. Mereka berdua telah banyak membantu saya dalam menulis di blog ini. YBhg. Kapt (B) Hj Wan Marzudi adalah saudara dekat saya manakala YBhg. Dato' Riduan pula sama-sama di ITM Shah Alam awal tahun 70'an.

Marilah sama-sama kita doakan semoga mereka berdua ini dipanjangkan umur dan sentiasa sihat walafiat sepanjang masa.

Ingin saya mengambil kesempatan istimewa ini untuk juga mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-44 khas kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan, Sultan Mohammad V yang akan disambut pada 11hb Nov 2013 ini. Patek semua mendoakan semoga Tuanku dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan sepanjang masa.
Dirgahayu Tuanku.

No comments:

Post a Comment