Friday 4 October 2013

Terbitan Khas

BR1M
"Zawawi berkata, agihan BR1M daripada Kerajaan Persekutuan perlu diserahkan kepada wakil kerajaan untuk mengagihkannya sebagai platform pertemuan dengan rakyat dan menjelaskan dasar kerajaan."

"Saya tidak bersetuju sekiranya bantuan BR1M ini dikreditkan secara terus ke dalam akaun kerana pastinya ada rakyat yang tidak bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang sentiasa prihatin membela nasib mereka."


"Kita tidak mahu golongan yang kaya memiliki pendapatan yang tinggi daripada hasil perniagaan atau bekerja sendiri menikmati bantuan ini hanya kerana mereka membuat taksiran tidak tidak tepat."  
Komen peribadi saya:
Saya berbeza pendapat dengan YB Cikgu Zawawi Othman, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh merangkap ADUN DUN N31 Semerak.

Saya bersetuju jika kaedah pengagihan diubah kepada memasukkan sahaja ke dalam akaun penerima atau pun sama caranya sepertimana yang digunapakai di Kuala Besut. Di Kuala Besut pengerusi JKKKP atau wakilnya pergi rumah ke rumah penerima untuk menyampaikan baucer. Penerima boleh pergi menunaikannya bila2 masa dalam tempuh yang ditetapkan. Ini sangat memudahkan dan memberikan keselesaan kepada orang ramai berbanding dengan cara dan kaedah yang telah digunapakai di Pasir Puteh apabila tarikh dan masa ditetapkan untuk orang ramai pergi menerimanya mengikut kumpulan. Selain daripada tarikh dan masa yang tidak boleh diubah, orang ramai juga terpaksa mendengar ceramah politik panjang yang menjemukan sebelum dapat menerima wang BR1M itu daripada Ketua UMNO Bahagian dan wakil2nya.
(nota: DUN Kuala Besut masih dimenangi BN dalam PRK baru2 ini walaupun tidak pernah sebelum itu menggunakan platform penyampaian BR1M untuk tujuan politik sepertimana di Pasir Puteh)

Dalam hubungan ini, saya tidak nampak rasionalnya mengapa hari penyampaian BR1M ini hendak digunakan oleh UMNO Bahagian Pasir Puteh semata2 untuk 'menjelaskan dasar kerajaan'. Apakah selama ini belum cukup dengan penerangan semasa pilihanraya dan penerangan2 melalui pelbagai cara lain seperti siaran television, radio dan akhbar? UMNO Bahagian dan BN Pasir Puteh sendiri pun ada Ketua Penerangannya yang boleh memainkan peranan untuk tujuan ini.

Mengenai 'terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan' itu pula, saya rasa perkara ini tidak perlu dibangkitkan kerana bukan rakyat yang perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana rakyatlah yang memilih mereka untuk menjawat jawatan2 dalam kerajaan. Oleh itu sepatutnya kerajaan yang berterima kasih kepada rakyat dan segala bentuk bantuan yang dihulurkan termasuk BR1M, ianya adalah semata2 tugas dan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat. Jika rakyat tidak berpuas hati, mereka akan menukarkan kerajaan yang ada.

Mengenai 'golongan kaya dan taksiran yang tidak tepat', ianya sesuatu yang tidak harus dibangkitkan lagi juga. Ini adalah kerana BR1M bukan sesuatu yang baru. Mengapa baru sekarang hendak dipertikaikan perkara ini? Mengapa tidak diperhalusi awal2 sebelum BR1M yang pertama dilaksanakan? Apakah kenyataan tersebut bermaksud memperkecil2kan kemampuan kerajaan pusat sendiri dalam hal ini? Seolah2 kerajaan pusat tidak mempunyai mekanisma yang mencukupi untuk menapis golongan ini.

Oleh itu, saya harap janganlah dicari alasan2 yang tidak munasabah hanya semata-mata untuk tujuan mencari 'publicity' menjelang pemilihan. Wang dari Kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat secara keseluruhan. Janganlah ada pihak yang cuba menjadikan wang ini seperti wang parti.    

No comments:

Post a Comment