Friday 11 October 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 32)
Dalam siri-siri tulisan saya yang lepas, saya banyak menekankan betapa pentingnya perpaduan dikalangan ahli-ahli UMNO. Matlamat ini hanya boleh dicapai hanya setelah usaha dibuat dan didahului oleh pemimpinnya sahaja. Sebab itu, dua hari selepas YB Cikgu Zawawi Othman menang jawatan Ketua UMNO Bahagian dahulu, saya telah meminta beliau terus memperbaikinya kerana perpecahan berlaku sebaik sahaja pertandingan di peringkat jawatan Ketua berlaku. Cara memperbaikinya mudah sahaja iaitu beliau terus mencari YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor yang ditentangnya dulu itu untuk berbaik-baik semula dengannya. Bila ini dilakukan, orang ramai pun akan ikut sama bergabung diantara sesama mereka.

Malangnya, nasihat dari seorang kawan rapatnya ini tidak diambil endah. Nasihat-nasihat saya itu dijadikannya seperti mencurah air di daun keladi. Semakin hari semakin berpecahlah orang-orang UMNO. Mana yang menyokong YB Cikgu Zawawi Othman terus bersamanya. Mana yang menyokong YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor terus juga bersamanya. Jurang menjadi semakin melebar dan dibiarkan sehingga kini.

Sebab itulah saya pun meninggalkannya. Selepas setahun, saya terus berusaha sendiri untuk membuktikan bahawa berbaik-baik semula dengan YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor bukanlah perkara yang payah.

Hari ini, baru YB Cikgu Zawawi Othman mahu bercakap tentang perpaduan ahli-ahli UMNO (silat rujuk keratan akhbar di atas Sinar Harian Edisi Timur bertarikh 12 Okt 2013 ms 36). Masa untuknya bercakap sudah lama berlalu. Bercakap pada hari ini tiada gunanya lagi sebab siapa-siapa pun boleh bercakap. Yang penting ialah usaha kearah itu. Jika usaha tidak pernah dibuat, saya rasa seruan seperti itu hanya tinggal seruan sahaja.

Apa pun, saya harap selepas pemilihan nanti, semua pihak akan betul-betul sedar betapa perpaduan dalaman parti merupakan asas kekuatan parti. Oleh itu, usaha hendaklah dibuat dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya menyatukan sebahagian besar ahli-ahli. Bukan sekadar bercakap dan menyeru sahaja.

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas

No comments:

Post a Comment