Tuesday 8 October 2013

Terbitan Khas

YB Datuk Hj Husam Bin Musa ADUN Salor
Kebetulan terlihat dalam berita tv1 sekejap tadi (8 Okt 2013 jam 8.00 malam)
YB Datuk Husam Musa bercakap
beliau menegur kerajaan negeri Kelantan bahawa daripada kerap menghantar wakil2 rakyat utk lawatan ke luar negara yang menggunakan banyak wang
adalah lebih baik wang itu digunakan untuk selesaikan banyak masalah rakyat seperti bekalan air dan lain2
hebat sikapnya


saya berkata hebat kerana beliau sanggup mengkritik kerajaan negeri Kelantan dimana beliau sendiri pun adalah salah seorang wakil rakyatnya
ada orang kata tak patut beliau mengkritik begini secara terbuka di dalam tv
kerana ianya seperti menampar air di dulang
tanya mereka
apakah kalau YB Datuk Hj Husam masih lagi exco seperti dahulu
beliau sanggup berkata begitu?
bagi mereka ini
ini bermakna YB Datuk Hj Husam kecewa
lalu ingin menunjukkan protes
dengan cara memburuk2kan kerajaan negeri sendiri
kerana apa yang ditimbulkan itu pun
beliau sendiri pada masa itu
exco 
 
saya bersetuju dengan pendapat sedemikian
tetapi saya bersetuju juga jika beliau sanggup berkata begitu
kerana jarang orang yang sanggup berbuat demikian 
yang penting bukan beliau
yang penting ialah apa yang diperkatakan itu
tak kiralah siapa yang berkata
kerana bagi saya pun
saya bersetuju dengan kritikan beliau itu

memang kerajaan negeri agak tidak profesional dalam hal ini
menghantar wakil2 rakyat ke luar negeri memang membazirkan wang rakyat
tiada sebarang manfaat yang diperolehi pun

kalau katakanlah mereka pergi untuk melihat sendiri rekabentuk sebuah pelabuhan contohnya
saya tidak melihat lawatan itu sesuai jika sekiranya ahli rombongan yang pergi itu bukan orang2 yang berkelulusan dalam bidang teknikal dan berpengalaman
lebih baik dihantar orang2 yang betul2 dalam bidang ini
atau pun lebih baik tidak menghantar
kerana dalam negara sendiri pun
ada beberapa firma yang berpengalaman dalam bidang seperti ini
firma2 ini dianggotai oleh tenaga pakar yang berpengalaman dan berkelayakan
dan firma2 ini sudah banyak pengalaman dalam bidang kerja2 merekabentuk dan menyelia projek2 pembinaan pelabuhan
bukan lagi macam dulu pada tahun2 70'an dan 80'an contohnya
apabila kerajaan pusat pun terpaksa bergantung kepada pakar luar 
untuk membina pelabuhan

malangnya
bila cadangan ini dikemukakan
(memang saya sendiri pun pernah hantar cadangan berserta profail firma yang berkaitan melalui seorang wakil rakyat)
tiadalah kedengaran sebarang maklumbalas
kecuali ucapan 'terima kasih' sahaja 
dan mereka pun tahu2 sudah berlepas ke luar negeri
melalui gambar2 yang dipaparkan di dalam Facebook

Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas


No comments:

Post a Comment