Sunday 13 October 2013

Terbitan Khas



Kesan Perubahan Sistem Pemilihan UMNO 2013

150 ribu orang ahi UMNO telah diberikan peluang untuk memilih dalam sistem yang baru ini. Perbezaannya sangatlah besar dan ketara kerana sebelum ini hanya 3 ribu sahaja yang diberikan mandat untuk membuat pilihan bagi pihak 3 juta ahli UMNO yang lain.

Inilah asas ‘transformasi’ dalaman UMNO yang telah diperkenalkan oleh Presiden parti. Disamping membasmi ‘politik wang’, tujuan paling utamanya ialah untuk mempamerkan betapa UMNO benar-benar mengamalkan demokrasi bermula dari dalam partinya sendiri. Oleh itu, sebagai sebuah parti utama yang membentuk kerajaan yang ada, maka amalan ini sudah tentulah diamalkan dalam sistem pemerintahan secara benar juga.

Inilah yang paling utama. Segala-galanya nampak bagus dan baik. Namun, setiap sistem yang baru diperkenalkan sudah tentulah tidak boleh lepas dari kesilapan.Samalah dengan 'experiment'. Maka dalam kaitan ini, saya bersetuju jika ada orang yang berkata bahawa 150 ribu undi itu belum tentu boleh membawa makna atau persepsi bahawa UMNO melalui BN akan mencapai kejayaan yang lebih besar dalam PRU14 nanti. Bagi mereka, jumlah 150 ribu itu bukan angka yang boleh dibandingkan atau dijustifikasikan dengan 14 juta pengundi di luar sana dalam pilihanraya nanti.

Setelah selesai pemilihan dan diputuskan siapa yang memimpin parti pada kali ini, sudah tentulah UMNO akan mengorak langkah kearah menghadapi PRU14 pula. Kepimpinan dan jentera baru akan berpadu tenaga dalam persiapan untuk menghadapinya. Mereka akan berbaris dalam satu barisan dengan lebih yakin tetapi tidak menyedari bahawa cabaran atau tentangan yang akan ditempuh adalah lebih besar daripada biasa. Parti-parti pembangkang akan menggunakan segala peluang yang terhidang untuk dieksploitasi secara lebih agresif. Mereka akan menggunakan peluang contohnya, untuk menyemarakkan lagi sentimen kebencian pengundi-pengundi terhadap UMNO kerana mengekalkan sesetengah pemimpinnya yang dianggap pernah ada kaitan dengan skandal-skandal tertentu, walaupun bukan secara langsung. Imej UMNO akan diperlihatkan sebagai lebih buruk walaupun transformasi dicanangkan kerana pemimpin-pemimpin yang sama juga masih lagi dikekalkan. Oleh itu, transformasi UMNO tidak lebih dari indah khabar dari rupa. Sebaliknya, mungkin sistem lama tidak memungkinkan pemimpin yang bermasalah itu menang dan imej UMNO pun boleh dipelihara atau diperbaiki.

Sebagai seorang rakyat biasa yang sentiasa memerhatikan perkembangan politik tanah air tumpah darahku ini, saya rasa ada kemunasabahan dan kewajarannya jika kata-kata seperti itu diperbesar-besarkan oleh pihak parti pembangkang nanti.  Saya bukan bersetuju 100% dalam konteks itu kerana saya lebih bersetuju jika ada orang berkata bahawa UMNO sudah tidak ada pelapis kepimpinan yang mencukupi. Jika ada pun pelapis ini, mereka tidak berada didalam keadaan cukup bersedia. Ini adalah kerana UMNO kurang memberikan tumpuan dan keutamaan terhadap agenda mempersiapkan barisan pelapis yang layak dan berkemampuan. Sebab itulah, 150 ribu orang perwakilan ini terpaksa memilih orang-orang yang sama lagi walaupun mereka sendiri pun tahu orang-orang ini sepatutnya digantikan. 

Dengan kata lain, saya pun tidak nampak sebarang perubahan yang ‘signicant’ akan berlaku dalam PRU14 kecualilah perwakilan sendiri berani mengubah sikap mereka dalam sesi pemilihan akhir nanti pada 19hb Okt ini untuk membuat perubahan drastik dengan memilih pemimpin-pemimpin yang lain sebagai ganti kepada penyandang, termasuk jugalah penyandang diperingkat Bahagian. Ini adalah kerana kebanyakan pengundi lebih melihat kepada siapa yang membarisi kepimpinan Bahagian berbanding kepimpinan pusat disebabkan kepimpinan diperingkat inilah yang lebih dekat dan rapat dengan mereka.

Contohnya, untuk tujuan mewujudkan kesinambungan perjuangan yang lebih bermakna dan berkesan, maka sokong dan undilah gandingan mantap YBhg Datuk Hj Kamaruddin Md Nor (Ketua), YBhg Tuan Hj Rujhan Hj Salleh (Timbalan Ketua) dan YBhg Dr Sumardie Hj Hassan (Naib Ketua) untuk membarisi kepimpinan utama UMNO Bahagian Pasir Puteh 2013/16. Gandingan inilah yang disegani kawan dan lawan.



Wan Ab Malek Bin Wan Noh
Penganalisis dan Pengkritik Bebas

No comments:

Post a Comment