Friday 25 October 2013

Bajet 2014

Harga gula naik mulai esok kerana subsidi gula dihapuskan. Saya tidak membantah kenaikan tersebut jika itu untuk merawat kewangan negara.

Yang saya tidak boleh terima ialah alasan kenaikan harganya, iaitu untuk mengurangkan jumlah penyakit diabetes memandangkan 2 6 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas menghidap diabetes.

Otak saya menolak alasan ini kerana saya merasakan ada alasan lain yang lebih baik. Siapalah pegawai yang memberikan alasan ini untuk dibaca petang ini? Aduhai!

No comments:

Post a Comment