Monday 28 October 2013

Kencing Manis oleh TS Muhyiddin Yasin TPM

Saya pernah menulis bahawa kerja yang paling mulia dalam dunia ialah bercakap kerana itulah kerja para nabi dan rasul. Kerja kedua paling mulia ialah menulis kerana al-Quran dihasilkan dalam bentuk tulisan selepas ayat-ayat suci itu diperucapkan. Sebab itu kita tengok hari-hari Perdana Menteri Malaysia bercakap atau berucap. Sebab itu juga kita tengok tiada pemimpin dunia yang bisu.
Namun, dalam Malaysia kadang-kadang pemimpin negara kita tidak mahu menjaga kata-kata mereka. Maka inilah akibatnya....

TPM KEPALA BIADAP..!!!!
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.
1Unlike · ·

No comments:

Post a Comment