Sunday 5 April 2015

Suasana Politik DUN Semerak - Siri 1/2015

Politik Semerak :
Suasana di Semerak tidak menampakkan sebarang perkembangan atau perubahan ketara.
Parti UMNO dan PAS masih seperti biasa dengan aktiviti rutin masing2.
Orang2 UMNO dan PAS bergaul mesra seperti biasa.
Bahkan lebih mesra selepas PRK DUN Chempaka tempuh hari.
Jika teori sesetengah pihak menjadi,
Semerak tidak akan ditandingi oleh PAS kerana sekarang DUN ini diwakili oleh UMNO dan BN.
Mungkin disebabkan itulah,
maka seorang tokoh baru sedang diperkenalkan oleh UMNO di Semerak kerana
dijangkakan ADUN sekarang akan beralih ke Parlimen pula dalam PRU14 nanti.
Namun PAS Semerak sudah tentu tetap tidak berpuas hati dan mahu supaya calonnya diletakkan juga.
Ini kerana DUN Semerak dahulunya dianggap kubu kuat PAS dan kekalahan dalam PRU13 yang lalu disebabkan politik wang pihak UMNO dan kelemahan peribadi calon PAS sendiri.
Selain daripada itu,
seandainya orang baru yang sedang diketengahkan oleh UMNO ini menjadi calon,
PAS yakin dapat menguasai semula kerusi DUN ini kerana calon ini tidak mempunyai asas hubungan yang kuat dengan masyarakat setempat secara menyeluruh termasuk dengan ahli2 UMNO sendiri kecuali dengan kelompok2 tertentu sahaja.

No comments:

Post a Comment