Wednesday 29 April 2015

Santai Bicara

Santai Bicara :
(puas duk sajo)
pada masa dulu
orang yang menjadi guru ada rumah besar
orang kampung tidak
pada masa dulu
orang yang bekerja kerajaan pakai kereta
orang kampung naik bas
pada masa dulu
orang yang menjadi polis ada pistol dan ditakuti
orang kampung yang takut
pada masa dulu
orang yang menjadi ketua kampung atau tok penghulu banyak tanah
anak2 mukim tak tahu apa2
pada masa dulu
tok imam makan kepala kambing selepas selesai tahlil
makmum2 makan kaki dan tulang
pada masa dulu
orang kaya dianggap rezeki mereka
orang miskin yang kata begitu
sebab itu era dulu kalau pun wakil rakyat kaya
orang kampung tak ambil kisah
begitu juga kalau menteri kaya raya
rakyat tak kisah
rakyat akan kata itu rezeki mereka dan sepadan dengan jawatan yang disandang
sekarang lain
semua di atas itu tidak lagi orang kampung dan rakyat buat tak tahu
kalau kaya sangat sehingga boleh menimbulkan rasa was2
orang kampung dan rakyat akan tanya dari mana kamu dapat kekayaan itu
kerana orang kampung dan rakyat sekarang bukan lagi bersikap seperti 'pada masa dulu'
mereka mulai bersikap 'pada zaman dulu'
iaitu zaman pemerintahan khalifah
yang tidak membolehkan pemimpin disemua peringkat mengaut keuntungan peribadi dengan jawatan politik atau kerajaan yang diamanahkan

No comments:

Post a Comment