Friday 3 April 2015

Abe Jak Ben Laden Semerak - al-Fatihah

tiada pas tiadalah abe jak
tiada abe jak tiadalah juga pas
itulah sinonimnya abe jak ini di semerak sejak sekian lama
yang biasa digelar orang 'abe jak ben laden'
kerana janggutnya yang panjang dan sentiasa berpakaian hijau sepanjang masa
termasuk warna motosikal dan rumahnya
siapa yang tidak mengenalinya bermakna tidak kenallah semerak
walau bagaimana pun
orangnya sangat baik dan mudah digauli
percakapannya mudah difahami dan mudah diminta tolong
sangat meminati bolasepak termasuk liga inggeris
masa inilah beliau memberikan sepenuh tumpuan dihadapan kaca tv
kehilangannya semalam amat dirasai oleh kawan dan lawan
seolah2 hilanglah warna hijau di semerak
semoga rohnya bersama mereka yang beriman
al-fatihah dan takziah kepada ahli keluarganya

No comments:

Post a Comment