Thursday 23 April 2015

PRU14 UMNO dan BN Tersungkur - Siri 12

dia orang datang kerana dijemput
dan mereka datang untuk tujuan urusan pelaburan
dia orang tak kisah dan bukan mahu dengar samada pm berseorangan atau ramai kawan
dia orang tak kisah juga siapa pm
tak kena topik dan tak kena masa
bukan tempat untuk buat kenyataan berbau politik dalaman negara
forum ini ialah forum perniagaan
hujah seperti itu tidak relevant bagi mereka
kerana mereka semua orang2 korporat
bukan orang2 politik 


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat cuba menghantar mesej jelas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak berseorangan dalam melawan kritikan daripada bekas Perdana Menteri itu.
Perdana Menteri berkata, beliau menerima sokongan padu dari banyak pihak seperti badan antarabangsa, individu dan institusi yang memberikan kepercayaan kepada negara.
“Bahkan, telah memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Invest Malaysia di Hotel Mandarin Oriental pada Khamis.
Turut hadir pada program itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin dikatakan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib berundur.
Dr Mahathir di blognya sebelum ini menulis “Saya sedar saya keseorangan’ apabila kritikan dan serangan terhadap Najib mendapat kutukan daripada pemimpin UMNO.
Susulan tulisannya itu, dua artis tersohor tempatan, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan atau Che Ta menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri.PRU14

No comments:

Post a Comment