Saturday 4 April 2015

Jabatan Farmasi Hospital dan Bag Kertas Ubat

Dulu saya pernah cadangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menyediakan semula bag plastik di jabatan farmasi setiap pusat kesihatan dan hospital bagi kemudahan orang ramai membawa ubat-ubatan.
Pernah saya tengok seorang orang tua lelaki yang berkain pelikat jatuh bertaburan ubat-ubatan dari tangannya kerana beliau tidak membawa bag seperti wanita.
Sekarang kemudahan itu tidak disediakan semula.
Saya yakin bukan kos yang menjadi beban Kementerian.
Mungkin kempen kurangkan penggunaan plastik dijadikan alasan.
Oleh itu saya ingin sekali lagi cadangkan kepada kementerian (up : YBhg. Dato' Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia) supaya bag kertas pula disediakan bagi kemudahan orang ramai.
Semoga cadangan saya ini diberikan perhatian dan pertimbangan jua.
Terima kasih bagi pihak orang ramai.

No comments:

Post a Comment