Wednesday 15 April 2015

Raja dan Rakyat (R & R) Siri 1

Susulan isu seorang berbangsa cina menyatakan pandangannya supaya raja2 melayu dihapuskan dalam sistem pemerintahan negara.
Saya tidak tahu sejauh mana kesan dari isu ini setakat ini.
Namun saya yakin semakin ramai rakyat Malaysia yang tidak menyukai raja2 melayu terutamanya rakyat yang berbangsa cina dan india.
Bagi saya,
mereka tidak seharusnya dipersalahkan 100%.
Mereka tidak faham tentang perlembagaan dan tidak juga faham apa peranan sebenar raja2 melayu ini.
Yang mereka nampak ialah raja2 melayu tidak bekerja tetapi hidup dalam keadaan serba mewah.
Apa lagi jika ada raja2 melayu ini yang suka mempamerkan kemewahan mereka secara terbuka seperti istana2 tambahan, kereta2 mewah yang terlalu banyak bilangannya serta aktiviti2 yang hanya sekadar memenuhi masa lapang mereka sahaja tetapi melibatkan belanja yang besar dari wang kerajaan.
Rakyat yang menentang ini seharusnya disedarkan bukan diambil tindakan melulu.
Pencuri yang ditangkap pun hendaklah disiasat kenapa dia mencuri.
Disamping itu,
raja2 melayu sendiri pun hendaklah juga jangan hidup dalam keadaan yang terlalu mewah kerana rakyat tuanku pun ramai lagi yang hidup susah.
Disamping rakyat menjunjung kasih,
raja pun hendaklah sentiasa ingat bahawa tiada rakyat yang menyembah maka tiadalah raja yang disembah.
(saya menulis sebagai ahli biasa Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia)

No comments:

Post a Comment