Saturday 4 April 2015

Dulu Telefon Pusing Sekarang Smartphone

zaman dulu (tahun2 80'an) saya pernah dipanggil oleh YBhg Puan Hajjah Rogayah Che Mat Pasir Mas ke pejabatnya di jalan suara muda kota bharu
(semoga beliau masih ada dan sihat sebab saya dah lama tak jumpa dengannya)
masa tu beliau menjadi senator dan nama popularnya ialah 'Kak Wan'
saya dipanggil olehnya kerana beliau nak minta saya senaraikan 10 soalan untuk beliau bawa ke dewan negara pada sidang dewan itu
sekarang kita pun tak payah minta mana2 wakil rakyat atau senator tolong bawakan sebarang usul ke dewan rakyat atau dewan negara seperti dahulu lagi
kerana zaman ini ialah zaman it dah ada fb, blog dan emel serta bermacam2 kemudahan internet lain
dulu hanya ada telefon pusing dalam rumah sahaja dan jika 'berutuk' pergi ke balai polis minta tolong hantar telegram
jarang2 juga orang yang ada mesin fax
oleh itu
pergunakan dan manfaatkanlah kemudahan it ini dengan sebaik mungkin
tak kiralah untuk tujuan membuat cadangan atau kritikan atau lain2 tujuan
tak kiralah juga untuk tujuan politik atau pun tidak
selagi ianya tidak melampaui batasan undang2

No comments:

Post a Comment