Monday 6 April 2015

PM Najib dan Isu Altantuya

sekarang isu2 lain dilupakan sejenak termasuk sekeras2 isu 1MDB
yang dijadikan fokus ialah isu altantuya dan pm najib sejak akhir2 ini
hari2 siang malam 24 jam isu ini bertubi2 keluar dalam FB
macam tembakan meriam atau M-16 dan sekali sekala dengan peluru berpandu
tapi serangan balas nampaknya macam pakai senapang gajah pilem p.ramlee zaman dulu sahaja
persepsi orang ramai sekarang semakin meningkat bahawa seolah2 ada hubungkaitnya kes pembunuhan altantuya dengan pm najib
menafikannya hanya dengan seseorang berkata bahawa pm najib telah bersumpah tidak memadai
menafikannya hanya dengan berkata bahawa pm najib tidak pernah mengenali altantuya tetapi mungkin mengenalinya dalam nama yang lain juga tidak memadai
menafikannya melalui seseorang yang tinggal jauh di negara lain tidak juga memadai
pandangan peribadi saya :
kes serumit seperti ini dan melibatkan seorang pemimpin negara tidak boleh selesai dengan cara tuduh menuduh seperti ini
alam maya bukan mahkamah kerana tiada peguam dan hakim
seeloknya pm najib nyatakan secara terbuka sahaja
bahawa beliau bersedia selesaikannya melalui proses undang2 dan mahkamah

No comments:

Post a Comment