Sunday 12 April 2015

Salam dan Pesanan Terakhir Saya

Makluman Khas:
Saya mula menulis dan menerbitkan artikel dalam blog saya ini pada 31hb Mei 2011 dengan artikel pertama saya bertajuk 'Sajak Perpaduan'.
Sekarang jumlah terbitan saya ialah sebanyak 1,096 setakat ini dengan jumlah pembaca hampir 100 ribu orang di seluruh dunia.
Saya pernah menulis bahawa saya akan berhenti apabila jumlahnya mencapai 1,000 artikel.
Oleh itu,
adalah dengan ini dimaklumkan bahawa saya akan mulai 'shut-down' blog saya ini secara berperingkat2.
Tiada apa yang boleh saya tulis dan terbitkan lagi kecuali sekali sekala sahaja menyentuh isu2 politik yang penting.
Terima kasih kepada semua kawan2 yang telah memberikan sokongan selama ini kepada saya.
Salam dari saya.
WM.


dan berikut ialah pesanan terakhir saya kepada semua pemimpin politik 
tak kiralah dari parti mana2 pun :-

Sekarang loni
Pemimpin2 politik diperhatikan oleh rakyat dari hujung kaki ke hujung rambut
Dan dari hujung rambut ke hujung kaki semula
Kecuali tak mampak bila dibungkus dengan kain putih
Sekarang isu jam tangan
Lepas ni mungkin cara kentut pun akan mendapat perhatian
Oleh itu lebih baik pemimpin2 politik berjaga2 dan berhati2
Anda semua sedang diperhatikan oleh cctv rakyat dari segenap penjuru
Silap tingkahlaku seperti menunjuk2 kemewahan
Anda akan dihukum pada pru14 ini tanpa dibenarkan sebarang rayuan dan maaf lagi

No comments:

Post a Comment