Monday 20 April 2015

Isu Salib Di Taman Medan Kuala Lumpur

yang bersuara mengenai isu salib taman medan setakat ini ialah
IGP
Menteri KDN
Wakil Rakyat tertentu
MB Selangor
dan orang perseorangan
mana PERKASA?
mana Mufti2?
mana PBT?
saya harap isu ini dapat diselesaikan dan dirungkai dalam semangat muhibbah
di kampung saya sudah lama wujud sebuah perkampungan orang budha dengan kuil yang kedua terbesar di kelantan
(sebelah rumah saya sahaja)
bukan di dalamnya sahaja ada berbagai2 patung termasuk patung tidur mengiring yang palng besar
bahkan di pagar masuk utama pun terdapat patung duduk atau berhala duduk yang besar juga
semerak ialah perkampungan melayu asal yang besar manakala kaum budha ini merupakan kaum minoriti sejak dari dulu lagi
namun kuil atau di kelantan dipanggil 'ketik' boleh tahan besar dan luas juga kawasannya
saya menganggarkan keluasan keseluruhan 50 ke 60 ekar termasuk perkuburan dan tanah padi
dalam setahun acap kali juga saya tengok ramai kenderaan datang dari seluruh negeri apabila diadakan sesuatu program agama mereka di ketik ini
tak pernah orang2 semerak membantah samada dengan tunjuk perasaan beramai2 atau melalui sebarang mesyuarat diperingkat majlis daerah
orang2 melayu semerak telah hidup aman damai sejak berzaman bercampur gaul dengan orang2 siam ini kerana orang2 melayu terus mengamalkan sikap
'hak mung hak mung, hak aku hak aku'
bahkan telah ramai juga orang2 siam yang masuk islam
Mungkin apa yang ada di semerak ini tidak sama dengan apa yang sedang berlaku di Taman Medan
Namun ada satu persamaannya
Kebebasan beragama bangsa lain hendaklah dipelihara selagi ianya tidak menganggu ketenteraman penduduk walaupun kawasan itu ialah kawasan orang2 melayu
Jika sekiranya dikesan gereja ini cuba menarik kaum muda melayu masuk kristian
barulah wajar ianya dibuat bantahan dan laporan dan itu pun hendaklah melalui proses undang2

No comments:

Post a Comment