Wednesday 15 April 2015

PRU14 UMNO dan BN Tersungkur - Siri 3

Dalam masa Menteri Pelajaran mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sudah naik taraf pendidikannya setara dengan institusi2 pengajian tinggi dunia ternama yang lain
Malaysia sebaliknya semakin dilihat ketandusan 'orang2 cerdik pandai'
Kayu ukur hendak melihat cerdik atau pun tidak orang2 Malaysia ialah dengan memerhatikan bagaimana PM atau TPM atau Menteri2 berhujah
Merekalah yang diperhatikan dunia bukan rakyatnya kerana merekalah pemimpin negara ini
Kalaulah taraf hari ini mereka bercakap dan berhujah
Malaysia sebenarnya tidak ada orang yang cerdik dan pandai
Pemimpin dan orang2 kanannya yang cerdik adalah orang2 yang bercakap secara 'simple and straight forward' dan penuh dengan maksud demi kepentingan negara dan rakyatnya
Bukan dalam suasana membodek dan mengampu pemimpin atasan
Saya harap graduan2 yang akan dilahirkan nanti merupakan golongan yang betul2 cerdik dan pandai selaras dengan pengumuman menteri berkaitan itu
Semoga apabila mereka bercakap nanti
Mereka bercakap dengan ikhlas dan jujur
Bukan seperti penjual minyak urut yang berkata semua penyakit boleh sembuh dengan minyaknya itu padahal minyak itu hanyalah minyak gasolin yang dicampur cabai tumbuk sahaja

No comments:

Post a Comment