Monday 20 April 2015

Permodalan Nasional Berhad atau PNB

News Feed

PNB dah ada.
Sudah lama pun.
Sudah terbukti tak pernah ada masalah.
Kewangannya diurus selama ini dengan baik dan lancar.
Ia terus berkembang dari tabungan yang kecil sehingga beratus bilion.
Ia terus berkembang dari dalam negara sehingga ke luar negara dari segi pelaburan dan pembinaan.
Yang dapat faedah ialah rakyat terutamanya pelabur2 sahamnya.
Bukan mana2 pemimpin negara atau kroni2nya.
Saya tidak tahulah apa faktornya maka PNB begitu berjaya dan terus diberikan kepercayaan oleh rakyat negara ini.
Mungkin diantara faktornya ialah 'accountability' mereka yang mengurus dana
terutamanya Pengerusi dan Presidennya, yang saya sendiri pun cukup kenal sejak 1969 lagi, dan kami masih berkawan dan berkomunikasi sehingga sekarang.
Sifatnya yang sangat tegas dengan prinsip kerja dan tugasnya memikul amanah betul2 dipelihara oleh kedua2nya walaupun nampak lembut perwatakan mereka.
Sehinggakan kawan baik seperti saya pun tidak pernah dilayannya untuk diberikan sebarang peluang seperti kontrak atau pun lain2.
Kalau hendak juga,
beliau berkata masuklah ikut saluran yang ada sepertimana juga orang2 lain.
Sebab itulah anak perempuan saya yang pernah menjalani practical training tahun akhir ijazah bankingnya di salah sebuah cawangan ASNB pun tidak mendapat peluang bekerja dengan PNB.
Ini kerana PNB hanya mengambil staff baru yang sudah mempunyai pengalaman bekerja sekurang2nya 2 tahun di tempat lain.
Sifat dan ketegasan seperti ini ada juga pada diri CEO Petronas yang mengetuai projek terbesar PETRONAS di Pengerang.
Beliau sangat rapat dengan saya sejak dari kecil tetapi sangat tegas dan menjaga amanah kerjanya sepertimana juga kedua2 Pengerusi dan Presiden PNB.
Saya bersetuju dan berharap ianya dijadikan contoh oleh badan2 kerajaan yang lain terutamanya 1MDB jika badan ini dibaikpulih semula nanti.

No comments:

Post a Comment