Saturday 25 April 2015

Raja dan Rakyat (R & R) - Siri 6

Bagi saya selagi raja2 melayu duk diam, selagi itulah masalah tak selesai sedangkan raja2 melayu inilah pemerintah tertinggi negara.

Raja2 melayu kena tukar dari sekadar jadi patung dan 'institusi' kpd pemerintah sebenar selaras dengan ajaran agama yg dianuti.
Bukan sekadar rasmi sidang, rasmi bangunan, bagi pingat, tapi kena campur dan ambil tahu masalah negara.

Rakyat kena bangkit bersama raja2 melayu dan ubah.
Kesetiaan orang2 melayu terhadap pemimpin berubah tapi kesetiaan terhadap raja2 tak pernah berubah kecuali raja yg zalim.

Suci sangatkah raja sehingga tak boleh bercampur gaul dgn rakyat dan tak boleh campuri urusan politik walau dengan sepatah ayat pun?

Saya tak pernah dengar agung atau majlis raja2 panggil pm najib tanya tentang 1MDB contohnya, sedangkan agunglah yang meluluskan perlantikan pm.

Saya suka macam brunei, biarpun rajanya kaya raya dan mewah tapi tiada seorang pun rakyatnya dibiarkan miskin, paling miskin pun ada 3 biji kereta baru.

Sebab itu bagi saya, selagi raja2 melayu ini sekadar geleng2 kepala, angguk2 sahaja dan diam membisu seribu bahasa, selagi itulah hanya bangunan2 tinggi sahaja berdiri megah, hanya lebuhraya sahaja bersimpang siur dengan kenderaan, tetapi hati rakyat tidak senang dan memberontak.

Tun Dr M bukan raja, beliau pun inginkan raja2 melayu campur tangan dan guna kuasa tertinggi yang ada pada mereka sepertimana diperuntukkan dalam perlembagaan.   

Cuba bayangkan undang2 mana atau orang2 mana yang boleh melarang raja campurtangan? 

Mereka boleh bersatu dan menjadi 'institusi bercakap' bukan 'institusi makan tidur',
dan rakyat sudah tentu di belakang mereka .

Inilah pentingnya topik terbaru bersiri dalam blog saya iaitu 'R & R' iaitu Raja dan Rakyat    

No comments:

Post a Comment