Monday 13 August 2012

MyDiary (83)


MyDiary (83)
13 Ogos 2012
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini).

STRATEGI AKHIR PENGUKUHAN SEMULA UMNO / BN N31 SEMERAK UNTUK MENGHADAPI PRU13

DUN Semerak adalah sebuah daripada 4 DUN dalam Parlimen Pasir Puteh. Sejak dari dahulu lagi DUN ini dianggap sebagai DUN yang paling menonjol berbanding dengan DUN-DUN lain dalam parlimen Pasir Puteh. DUN Semerak selalunya dianggap sebagai petanda kepada DUN-DUN lain samada BN akan menang atau pun kalah di DUN-DUN lain dalam setiap pilihanraya yang lepas-lepas. Jika DUN Semerak kuat dan BN dijangka menang di situ, maka besarlah kemungkinannya DUN-DUN lain pun akan menang juga. Begitulah sebaliknya.

DUN inilah yang paling ramai mempunyai tokoh-tokoh pemimpin dalam sejarah kepimpinan UMNO Pasir Puteh. Kekuatan UMNO di DUN Semerak bermula sejak dari era YBhg. Dato’ Hj Wan Omar Wan Majid lagi sehinggalah ke masa sekarang apabila UMNO Bahagian Pasir Puteh dipimpin oleh YBhg. Cikgu Zawawi Othman yang tinggal di Pulau Lima yang terletak dalam DUN Semerak juga. Lain-lain tokoh dari Semerak yang pernah berada di barisan hadapan kepimpinan UMNO Pasir Puteh ialah YBhg. Datuk Hj Jelani Jaafar (bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan bekas ADUN Semerak yang sekarang menjadi YDP Veteran UMNO Pasir Puteh), YBhg. Puan Hajjah Karimah Md Nor (bekas Senator dan masih lagi memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh), YBhg. Tuan Hj Ismail Awang (bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan sekarang Pengerusi Penyelaras & Pengarah UMNO / BN DUN Semerak), YBhg. Tuan Hj Agil Awang (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh), YBhg. Sdri Nik Soraya Nik Li (bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian Pasir Puteh dan sekarang AJK UMNO Bahagian Pasir Puteh).

Selain daripada mereka di atas itu, faktor YBhg. Datuk Hj Kamarudin Md Nor pernah menjadi ADUN Semerak dan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh pun diambilkira juga sebagai penyumbang kepada penyebab DUN Semerak menjadi perhatian dan petanda kepada DUN-DUN lain. Begitu jugalah tokoh-tokoh sampingan lain yang dilantik ke jawatan penting parti seperti YBhg. Tuan Hj Amran Hj Ismail (bekas Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Puteh dan bekas Penyelia Kanan KEMAS Pasir Puteh), Cikgu Wan Abdul Aziz Wan Noh (bekas Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Puteh), YBhg. Tuan Hj Md Nor Ramli atau Hj Salimin (sekarang Bendahari UMNO Bahagian Pasir Puteh yang berasal dari Pulau Lima), YBhg. Cikgu Sabri (sekarang Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Puteh yang tinggal di Tok Bali), YBhg. Cikgu Hj Ali Abd Rahman atau Cikgu Ali Golok (sekarang Pengerusi Veteran UMNO DUN Semerak) dan beberapa orang lain lagi dari kalangan AJK Bahagian, AJK Pemuda, AJK Wanita dan AJK Puteri UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Melihat kepada senarai tokoh-tokoh di atas itu, sudah tentulah ini bermakna bahawa DUN Semerak mempunyai ramai tenaga penting parti yang berpengalaman yang mampu menentukan supaya UMNO / BN DUN Semerak memenangi PRU13 ini. Sudah tentulah juga mereka ini mempunyai pengaruh masing-masing yang kuat dikalangan pengundi-pengundi yang sedang atau pernah berdampingan rapat dengan mereka.

Maka, jika semua mereka ini bekerja ke arah satu matlamat sebagai sebuah pasukan, saya yakin DUN Semerak boleh dirampas semula dalam PRU13 tanpa sebarang masalah.

Oleh itu, janganlah lagi dibiarkan mereka ini meneruskan usaha mereka masing-masing secara berasingan. UMNO Bahagian Pasir Puteh hendaklah segera mengadakan usaha yang bersungguh-sungguh untuk ‘menyatukan semula’ mereka ini terlebih dahulu dengan mengadakan rundingan ‘meja bulat’ pertama dalam suasana satu keluarga. Kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Puteh hendaklah segera memanggil semua mereka ini untuk memulakan satu gerakerja di bawah satu program dengan gabungan tenaga-tenaga yang disebutkan itu sebagai satu pasukan ke arah satu matlamat iaitu memenangkan parti UMNO dan BN.

Untuk tujuan itu, rundingan ‘meja bulat’ pertama yang saya maksudkan itu hendaklah diadakan di Bilik Gerakan BN N31 Semerak, bukan di tempat lain.

“Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
"1Malaysia Rakyat DiDahulukan Prestasi DiUtamakan"

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
"Janji DiTepati" 

“Bersatu”  “Bersetia”  “Berkhidmat”


Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

No comments:

Post a Comment