Thursday 9 August 2012

MyDiary (81)


MyDiary (81)
10 Ogos 2012
(Saya akan sentiasa mengulangi peringatan kepada para pembaca bahawa semua pendapat atau pandangan adalah semata-mata pendapat dan pandangan peribadi saya sepenuhnya selaku seorang ahli UMNO biasa diperingkat akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik atau matlamat peribadi tetapi tetap bercita-cita supaya BN kembali memerintah negeri Kelantan dalam PRU ke-13 nanti. Saya tidak kisah samada artikel saya diambil kisah atau pun tidak kerana apa yang penting bagi saya ialah menulis dan menyampaikan. Saya juga tidak terikat dengan mana-mana pihak atau mana-mana individu dan tidak pernah mengambil upah dari mana-mana pihak atau mana-mana individu untuk tujuan ini)

PELUANG BN MEMENANGI KERUSI DUN SEMERAK MASIH TERBUKA LUAS

Walau pun seorang tokoh yang tinggi potensinya sebagai calon BN di Semerak telah mengistiharkan dirinya tidak lagi terikat dengan aktiviti parti UMNO, itu bukan sekali-kali bermakna secara mutlak BN sudah menemui jalan buntu untuk menawan kembali DUN Semerak dalam PRU13 ini kerana kononnya sudah tidak ada lagi calon lain yang boleh diketengahkan.

Pihak PAS tidak seharusnya merasa lega dan terlalu yakin hanya dengan faktor-faktor seperti itu dan juga dengan keyakinan bahawa pengundi-pengundi luar di Kuala Lumpur berada didalam genggaman mereka. Pada zahirnya, memang peluang atau ‘advantage’ berpihak kepada mereka apabila ditonjolkan seorang tokoh tempatan yang merupakan anak kepada bekas seorang wakil rakyat dilihat seolah-olah memihak kepada mereka. Pada hakikatnya, bukan begitu cara dan kaedahnya untuk membuat tafsiran politik.

Sebenarnya, tokoh berkenaan itu hanya tidak mahu melibatkan dirinya dengan aktiviti parti UMNO sahaja, bukan ‘meninggalkan’ parti UMNO dan berhijrah kepada parti PAS. Di situ, terdapat perbezaan tanggapan orang ramai tentang isu ini, maka saya merasa terpanggil untuk menulis tentang perkara ini sekali lagi kerana terdapat ramai kawan-kawan yang menghubungi saya bertanyakan hal itu.

Di sini saya ingin perjelas dan menegaskan bahawa tokoh yang dimaksudkan itu tidak akan sekali-kali meninggalkan UMNO dan masuk PAS. Beliau akan tetap memelihara keanggotaannya dalam parti UMNO kerana tidak ada sebab beliau hendak membuat keputusan melebihi keputusannya untuk tidak mahu melibatkan dirinya dalam aktiviti parti sahaja. Beliau akan pulang untuk mengundi dalam PRU13 nanti dan berdiri bukan sebagai pengundi bebas tetapi berdiri sebagai seorang ahli UMNO semasa memangkah undinya nanti untuk calon BN. Begitu jugalah orang-orang lain yang bersamanya termasuk pengundi-pengundi luar yang rapat dengannya.

Apabila beliau hadir ke majlis berbuka puasa bersama ADUN Semerak di Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2012 baru-baru ini, itu tidak sekali-kali bermakna beliau sudah menyokong parti PAS walaupun majlis itu adalah anjuran ADUN Semerak. Beliau kesana semata-mata kerana dijemput sebagai pengundi luar oleh seorang kawan sahaja.

Saya harap dengan penjelasan saya ini, UMNO Bahagian Pasir Puteh dan juga Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Semerak tidak lagi berprasangka negatif terhadap Kapt (B) Hj Wan Marzudi Dato’ Hj Wan Omar, JP kerana walaupun beliau tidak lagi bersama di dalam aktiviti kepartian UMNO, sikap dan jiwanya masih lagi kekal sebagai ahli UMNO yang tulen.

Oleh itu, pihak parti PAS juga diharap janganlah terlalu mengharap dan menjadikan isu ini seperti menangguk di air yang keruh demi kepentingan peribadi calon yang akan bertanding itu nanti, kecualilah jika beliau betul-betul mengistiharkan dirinya keluar daripada parti UMNO. Selagi tindakan ini tidak dilakukan olehnya, maka pihak PAS tidak berhak untuk mendabik dada bahawa pengaruh tokoh ini sudah beralih kepada mereka. (Selain daripada itu, PAS mempunyai kelemahan-kelemahan yang besar juga yang boleh menjejaskan sokongan terhadap calonnya apabila isu-isu itu diketengahkan semasa pilihanraya nanti).

Pada pengamatan saya, mengistiharkan dirinya keluar UMNO adalah sesuatu yang hampir mustahil kerana beliau terlalu menghurmati ayahandanya yang masih ada, jauh sekali daripada mempunyai sifat menderhakai kedua ibubapanya.  

Sebagai seorang bekas pegawai tentera, sayang dan cintanya kepada negara tidak boleh dicerminkan melalui sokongan kepada parti lain kecualilah UMNO.

Oleh,
Wan Ab Malek Bin Wan Noh
No Ahli UMNO 03924693
Semerak.

3 comments:

  1. Syabas Abg Lek, penulisan sebegini kalaulah boleh sampai dan dibacao oleh pengundi2adalah amat baik sekali tetapi sayang raso ombo tak sampai. Ruang minda pengundi luar juga boleh berubah tetapi sejauh mana usaha BN Semerak dijalankan untuk mendapat sokongan pengundi luar?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ziz,
    Ramai dah yg membaca blog abeLek sejak akhir2 ini.
    Ini boleh dilihat melalui laporan stats.
    Kalau ke PP, kawan2 selalu bertanya "tak nulis ko hari ni?", dan di PPD PP ramai pegawai2nya pagi2 buka internet cari blog abeLek dulu.
    Masa PRU13 ini, tengoklah nanti macamana, kalau perlu abeLek akan print apa2 yg sesuai utk diedarkan kpd orang ramai.
    By the way, thanks again.

    ReplyDelete
  3. blog saya dah semakin popular juga dikalangan pengundi2 luar di KL. Ini dapat dilihat bila kerap kali mereka memberikan perhatian di dalam FB.

    ReplyDelete