Friday 9 August 2013

Terbitan Khas

Kekosongan Jawatan Imam Tua 
Masjid Al-Taqwa Mukim Semerak

Imam Tua Masjid Taqwa Semerak meninggal pada 15 Julai 2013 yang lalu.
Kekosongan jawatannya masih belum diisi.
Diharap pihak berkenaan membuat perlantikan dengan kadar segera kerana keperluan mengisinya amat krtikal disebabkan Imam Muda tidak sesuai memangku lama-lama jawatan ini. Selain daripada urusan kutipan zakat fitrah tidak lancar baru-baru ini, bacaan khutbah (bukan teks) juga tidak menepati kriteria seorang khatib. Orang ramai selalu merungut apabila Imam Muda ini menggantikan Imam Tua menjadi khatib sewaktu Imam Tua uzur dahulu kerana bacaannya langsung tidak jelas menyebabkan makmum merasa bosan dan mengantuk kerana langsung tidak faham apa yang dibacanya. Orang ramai mahukan seorang khatib yang boleh membaca teks khutbah secara lantang dan jelas serta lancar teutamanya apabila membaca ayat2 suci al-Quran sepertimana Allahyarham Imam Tua.
Sekadar cadangan.

No comments:

Post a Comment