Saturday 10 August 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 4):

Belum dapat dipastikan lagi samada betul2 akan ada pertandingan diperingkat Ketua Bahagian atau pun tidak. Ada yang kata ada, ada juga yang kata tidak ada. Apa pun, saya secara peribadi dan secara terbuka berpendapat bahawa pertandingan diperingkat tertinggi jawatan Bahagian ini tidak perlu. Pertama, keharmonian dan perpaduan yang sedia ada sudah mencukupi. Jika pun masih belum sempurna, ianya boleh diperbaiki lagi. Namun, jika pertandingan berlaku, bukan sahaja usaha menambahbaiknya tidak boleh dilakukan tetapi apa yang sudah ada pun mungkin menjadi rosak semula. Kedua, saya tidak nampak dan yakin ada sesiapa di Pasir Puteh yang boleh dan mampu mengalahkan penyandang jawatan ini. Ini adalah kerana beliau mempunyai kekuatan sokongan yang bertambah apabila beliau menang dalam pilihanraya umum yang baru lalu itu.
Oleh itu, selaku penganalisis dan pengkritik bebas, saya ingin menasihatkan supaya jawatan ini dikekalkan sahaja kepada penyandangnya dan saya bersetuju jika semua jawatan2 utama lain seperti Timb Ketua, Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri dibuka seluas2nnya untuk sesiapa sahaja yang layak menawarkan diri.
Sekadar pandangan dan cadangan.

No comments:

Post a Comment