Tuesday 27 August 2013

Terbitan Khas

Pakaian Seragam Pelajar Perempuan Sekolah Menengah
Pagi2 saya hantar anak perempuan bongsu saya ke sekolah dengan motosikal, kalau tak hujan. Ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Ramai murid2 perempuan yg membonceng motorsikal ini duduk dengan cara dua2 kaki di sebelah kiri pada hari mereka memakai kain dan baju kurung.
Saya nak cadangkan kpd kementerian pelajaran supaya diubah pakaian seragam pelajar2 perempuan sekolah menengah kpd pakain seluar panjang dan baju seperti pakaian jururawat hospital. Ini akan lebih memudahkan mereka membonceng motorsikal kerana sudah ramai sekarang di mana2 pun pelajar2 menggunakan motorsikal utk ke sekolah samada menunggangnya sendiri atau dihantar oleh ibubapa.


( pada tahun 1976 masa saya mengajar di smk dato' mahmud paduka raja tanah merah, kelantan, itulah sekolah yg mula2 tukar pakaian dari skirt kpd kain dan tudung, sebelum pun kementerian mengubahnya, saya dipanggil oleh pengarah pelajaran kerana memandai2 menghasut pelajar2 perempuan supaya tukar, pengarah tak tahu semua pakaian tu saya dapatkan dari satu sumber utk diberikan secara percuma kpd semua pelajar2 perempuan sekolah itu, ha ha nostalgia betul)

No comments:

Post a Comment