Thursday 29 August 2013

Terbitan Khas

Dulu: Hari Kebangsaan 
Sekarang: Hari Kemerdekaan
Berikut ialah beberapa petikan terbaru oleh kawan2 FB saya di dalam FB:-
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Menjelang Hari Kebangsaan ini, kerajaan merayu-rayu minta di pasang bendera jalur gemilang, walhal kita sudah merdeka 56tahun, Kenapa tidak mencari penyebabnya kenapa rakyat 'sejuk' dlm meraikan Hari Kebangsaan sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan?. Pada saya ialah kerana rakyat tidak nampak dihadirkan dlm perayaan dan sambutannya dan lagi pun mereka keliru.. kata undang2nya 31 Ogos setiap tahun Hari Kebangsaan, kata politiknya pula Hari Kemerdekaan. Mana satu mereka nak pakai?"
Wan Malek saya rasa kalau kekalkan semula nama asal, sambutan pulih balik
Abdul Rahman Abdullah Rakyat sayangkan negara dan tanah air nya. Jiwa merdeka berada pada insan yg tidak suka melihat pembaziran, perlakuan rasuah dipelbagai peringkat, pengabaian kepada khidmat masyarakat yg memerlukan, pengabaian kepada masalah sosial, jenayah dan masyarakat marhain, rakyat dirasuahkan dengan gula2 kemewahan yg palsu. Semua kekecewaan ini dihamburkan secara protes diam yg bersifat sama2 faham. Pada saya masalah ini yg perlu dipulihkan oleh pimpinan dan masalah kibaran bendera sebenarnya akan selesai secara automatik. 
Wan Malek saya tak payah orang suruh2, sampai masa isteri saya sendiri pun ambik tangga pasang 3 bendera di depan rumah walaupun di kereta saya ada sticker lain
Yati Yunus Sb nya bendera tu kena beli cuba bg free penuh lh bendera tu berkibar di merata2 tmpt..rakyat malaysia suka barangan free
Wan Malek kenapa tak diendahkan itulah yg perlu dicari jawapannya oleh pihak pemerintah
Wan Malek saya setuju dgn yati yunus, tapi saya beli juga sebab takdak hak free
Abdul Rahman Abdullah Saya pasang dan kibar bendera sebab jiwa merdeka saya mengatasi segala kekecewaan kepada apa yg berlaku disekeliling kita...MERDEKA
Wan Malek ayat sdr zaharin yg sangat menarik....."Menjelang Hari Kebangsaan ini, kerajaan merayu-rayu minta di pasang bendera jalur gemilang, walhal kita sudah merdeka 56tahun"
Wan Malek dan...."kata undang2nya 31 Ogos setiap tahun Hari Kebangsaan, kata politiknya pula Hari Kemerdekaan"
Wan Malek memang sepatutnya pihak pemerintah tak perlu merayu-rayu
Wan Malek setiap manusia lebih baik buat apa2 kerja pun dgn rela dan minat, bukan dgn paksaan
Wan Malek dan kata undang2lah yg betul, iaitu "Hari Kebangsaan' atau 'National Day'
Wan Malek bila ditukar kpd 'Hari Kemerdekaan' nampaklah hendak dipolitikkan demi kepentingan sebelah pihak 
Nadzri Hamzah Apa Menteri Perpaduan Buat selama ini
Zaharin Mohd Yasin Sdra Nadzri Hamzah, sepatutnya sambutan Hari Kebangsaan bukan di uruskan oleh Kementerian yang menjaga kebudayaan. Dahulu King Ghaz dan Sanusi Junid dan Mohamad Rahmat pernah menjadi Pengerusi Hari Kebangsaan kenapa meriah. Cuba pula kita arahkan Menteri bukan Melayu pula menjadi Pengerusi Hari Kebangsaan.   
Taib Wahab bila tak tahu mana nak pakai. pakai yang mudah saja jangan pening2kan kepala.
Wan Malek yang mudah, 'Hari Kebangsaan' 
Wan Malek 'Hari Kemerdekaan' pun tak betul, yang betul 'Hari Merdeka'    
Zaman Rahman ZMY kerajaan jgn pandang jauh laa suruh rakyat kibar jalur gemilang...sedangkan kereta2 rasmi kerajaan pun saya tidak nmpk yg pasang jalur gemilang... smlm parking disebelah saya satu MPV hitam JPM langsung tiada bendera jalur gemilang...      

No comments:

Post a Comment