Sunday 25 August 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 10)
Sewaktu saya minum pagi tadi di dalam sebuah kedai makan di Semerak, saya telah dikunjungi oleh seorang kawan yang bertanyakan sesuatu yang agak susah saya nak menjawabnya. Beliau memberitahu saya bahawa orang2 kampong di tempatnya sudah lama sangat tidak berpuas hati terhadap Pengerusi JKKKP atau 'tok penghulu' (mengikut bahasa kampong) kerana prestasi kerjanya yang dianggap tidak adil dan berkesan. 
Saya kata, saya tidak boleh mencampuri urusan itu dan memanjangkan rungutan orang2 kampong ini kepada pihak atasan kerana saya hanyalah seorang penulis bebas sahaja. Yang saya boleh lakukan hanyalah menulis sesuatu dalam blog saya mengenai perkara ini secara terbuka.
 
Walau bagaimana pun, saya tetap nasihatkan beliau supaya bersabar dahulu kerana nak tukar 'tok ngulu' bukan suatu perkara yang mudah. Yang mula2 kena tukar ialah 'towkey besar' dan buat pada masa ini saya belum nampak jalan 'towkey besar' boleh ditukarkan. Jadi, saya kata balik, duk diam2 dan tengok dulu macam mana bulan depan.
Terbitan khas saya ini ada kaitan dengan pemilihan Bahagian tak lama lagi kerana kuasa melantik atau tidak atau menyambung kontrak atau tidak seseorang pengerusi JKKKP bergantung sepenuhnya kepada Ketua UMNO Bahagian walaupun ianya dibawah JPP negeri. Oleh itu, siapa sahaja yang menjadi Ketua Bahagian, maka dialah orangnya yang mempunyai hak dan kuasa dalam urusan ini. Sebab itulah saya berpendapat bahawa apa sahaja ketidakpuasan hati yang timbul dikalangan orang ramai terhadap mana-mana pengerusi JKKKP ini, perasaan ini hendaklah dipendamkan dahulu buat sementara waktu sehingga selesai pemilihan di peringkat Bahagian. Biarlah Ketua yang akan memegang kuasa itu nanti, tak kiralah samada ketua sekarang atau pun yang lain pula, ambil dahulu tugasnya untuk penggal yang baru, barulah dikemukakan masalah dan rungutan ini kepadanya untuk tindakan sewajarnya. 
Pada pandangan saya secara peribadi, jika ketua sekarang masih lagi memegang kuasa selepas ini, kemungkinan mana-mana Pengerusi JKKKP diganti adalah tipis. Ini adalah kerana beliau telah menang pada pemilihan parti dalam tahun 2008 dahulu adalah semata-mata dengan sokongan daripada pengerusi-pengerusi JKKKP ini. Jika pada masa yang lalu, Cawangan-Cawangan tidak berada dibawah kawalan dan pengaruh pengerusi-pengerusi JKKKP, pada masa ini semuanya sudah berubah. Cawangan-Cawangan dan perwakilan-perwakilan semacam dibawah perintah dan pengaruh mereka. 

No comments:

Post a Comment