Wednesday 7 August 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 2)

Sepertimana yg telah saya perkatakan sebelum ini bahawa saya akan membawa perhatian rakan2 fb dan pembaca2 blog saya kepada dua fokus utama sahaja iaitu jawatan Ketua Bahagian dan sayap Pemuda.
Sebagai permulaan saya akan cuba hangatkan perbincangan mengenai jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda terlebih dahulu.
Buat pada masa ini, belum diketahui dengan jelas siapa yang akan menawarkan diri untuk jawatan ini. Ada sumber berkata bahawa terdapat 6 orang semuanya termasuk seorang Datuk. Oleh kerana hanya 2 orang sahaja yang mengenali saya dan telah meminta saya membantu mereka, maka saya akan cuba menulis apa2 yang saya rasa wajar hanya untuk mereka berdua ini sahaja. Mereka ialah Sdr Mohd Faisal Abu Bakar yg akan bertanding jawatan Ketua Pemuda dan Sdr Ahmad Faisal Yunus yang akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda.
Insya Allah, saya akan terbitkan apa-apa artikel mengenai mereka di dalam blog saya dari masa kesemasa.
Salam Silaturrahim dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment