Friday 23 August 2013

Terbitan Khas

'Berjuang' Dalam UMNO
Sambil makan roti canai dan minum teh bersama saya pagi tadi
seorang orang tua dari Pachakan Semerak telah membuat rungutan ini:
"ambo ni lama berjuang dalam umno,
tapi zink sekeping pun takleh"
saya tak jawab sekadar menggeleng2 kepala sahaja
kalau tak geleng takut dia kata tuli pulak
yang saya geleng tu sebenarnya bukan dia tak dapat zink tu
saya geleng kerana tak faham apa yang orang kampong macam dia perjuangkan
bila dia kata dia lama 'berjuang' dalam umno
sebab yang saya tahu istilah 'berjuang' hanya ada pada pemimpin2 sahaja
kalau orang kampong, bagi saya ialah 'menikmati' sahaja
yang saya tahu orang kampong berjuang contohnya seperti di bawah
berjuang dalam sawah padi
berjuang bela lembu kerbau
berjuang tanam tembakau (dulu)
berjuang di laut sebagai nelayan
berjuang mencari nafkah untuk menyara anak isteri
berjuang juga untuk hidup dalam suasana barang serba mahal
maka dalam umno berjuang macam mana?
kalau setakat hadir mesyuarat cawangan setahun sekali
saya rasa itu bukan 'perjuangan'.
berikut ialah respon dari seseorang yang telah membaca blog saya ini yg dikirimkannya kpd saya melalui emel baru sekejap tadi ....
"Ssudara Wan,
Disini jugs saya ingin ceritakan satu cerita sekadar buat ingatan dan renungan bersama, kakak saya adalah org kuat tegar UMNO dikg Besar dulu kini dan selama,apa saja bentuk bantuan tidak sampai kpd walaupun dia mempunyai cukup syarat untuk dibantu.minggu lepas raya ketiga suaminya meninggal dunia akibat jantung dan tua.aps yg saya sedih tiada seorang pun pemimpin tertinggi bahagian yg datang, cuma yg hadir hanya saudara dicawangan saja.Bantuan kematian kariat jauh sekali, apakah begini sekarang sikap pemimpin parti UMNO sekarang yg tidak mengikut cara Pengerusi Perhubungan Negeri Tok Pa yg lebih banyak dekatkan diri dgn pengundi.Kalaulah begini cara pemimpin Bahagian buatkan akibatnya banyak yg tidak puas hati begitu juga apa jadi bantuan khariat kematian yg dipraktis selama ini.
Salam"

No comments:

Post a Comment