Wednesday 21 August 2013

Terbitan Khas

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Puteh (siri 8)

Pada mulanya saya mengamalkan sikap bahawa untuk menjadi seorang pemimpin dalam badan politik, seseorang itu tidak perlu mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi atau setaraf kerana dalam politik tidak ada pra-syarat seperti ini.
Rupa2nya, ini hanya sesuai pada zaman dahulu sahaja.
Zaman sekarang tidak begitu lagi.
Seseorang itu harus sekurang2nya mempunyai segulung ijazah barulah sesuai.
Jika ada Master atau PhD lagilah baik.
Kalau setakat SPM atau STPM atau Diploma, ianya sudah tidak lagi mencukupi.
Ini adalah kerana zaman sudah banyak berubah.
Dulu zaman teknologi manual atau 'subjective' sedangkan zaman sekarang ialah zaman ICT atau 'objective' yang memerlukan seseorang itu mencapai satu tahap pencapaian yang tinggi dalam bidang pelajaran.
Jika tidak, pemimpin yang tidak menepati kehendak zaman ini akan ketinggalan dalam memahami sesuatu perkara atau isu.
Akibatnya, pemimpin itu akan bertindak hanya mengikut citarasanya sendiri tanpa ilmu.
Oleh itu, untuk memilih pemimpin yang akan datang ini, pilihlah pemimpin yang ada latar belakang pendidikan yang tinggi, kecualilah mereka yang berpendidikan itu sudah tidak ada yang berminat dalam politik.

No comments:

Post a Comment