Tuesday 6 August 2013

Terbitan Khas

Makluman Khas:
Tak lama lagi Semerak akan menempa satu sejarahnya yang tersendiri apabila sebuah pusat pengajian tahfiz termoden dilancarkan di Tok Bali. Pada asalnya, bangunan yang sedang dibina ini ialah sebuah hotel bertaraf 3-bintang tetapi tuanpunya tanah dan bangunan ini telah membuat keputusan nekad mengenepikan kepentingan perniagaan dan keluarganya dengan menukarnya menjadi sebuah pusat tahfiz. Pusat ini akan dilengkapkan dengan sebuah bangunan utama serbaguna dengan di belakangnya dibina satu blok asrama 3-tingkat dan satu blok 3-tingkat dewan makan dan dewan kuliah. Selain daripada itu, sebuah masjid berkapasiti seribu jemaah akan juga dibina untuk kemudahan pelajar2 dan anak2 mukim Tok Bali serta orang2 musafir singgah solat. Dana pembinaan pusat ini adalah dari sumbangan derma pelbagai sumber seperti orang perseorangan atau syarikat2 korporat. Dianggarkan kos keseluruhan akan menelan belanja sebanyak RM5.6 juta.
Dengan makluman ini, saya pohon sudi kiranya tuanpunya dan pengasas pusat tahfiz ini iaitu YBhg Dato' Hj Wan Fauzi Bin Hj Wan Hussain, memberikan sedikit penjelasan lanjut mengenai projek beliau ini. Beliau mengilhamkan pembinaan pusat ini apabila anak lelaki sulungnya menjadi hafiz setelah tamat pengajiannya di Mekah beberapa tahun yang lepas diikuti oleh empat orang lagi anak2 lelakinya yang lain. Anak lelakinya yang sulung itu merupakan diantara pelajar2 Malaysia di Mekah dengan rekod hafalan dan bacaannya mencapai tahap markah dan pengiktirafan paling cemerlang oleh Imam Besar Mekah.
Terima kasih.  

No comments:

Post a Comment