Saturday 31 August 2013

Terbitan Khas

Erti Kemerdekaan
berikut ialah beberapa komen terbaru mengenai topik di atas yang saya petik dari 'thread' facebook:
Mustafa Ahmad minda politik yang terjajah lebih bahaya daripada penjajahan kolonialisme
Mustafa Ahmad Adakah anda seorang yang merdeka, kalau anda masih tidak memiliki rumah sebagai tempat kediaman?
Wan Malek budak2 generasi sekarang tak tahu apa2 tentang kemerdekaan, yg dia tahu makan, minum, ada rumah, ada income, ada kereta, boleh beli pakaian, merdeka2 ni utk org politik sahaja bicarakannya
Wan Malek kalau pun dia orang ke dataran merdeka mlm meredeka, nak tengok hiburan pentas dan bunga api sahaja, kalau ada ceramah atau syarahan, tak pergi pun dia orang semua tu
Mustafa Ahmad tiada penghayatan tu
Wan Malek sebab tu bagi saya 'Hari Kebangsaan' atau 'Hari Nasional' sebenarnya lebih sesuai  
Mustafa Ahmad WM apa perasaan anda menyambut kemerdekaan tahun ini?
Wan Malek saya dah sambut 56 tahun, kalih doh
Mustafa Ahmad apakah ini minda politik Melayu bising ketika lapar?  
Wan Malek ya, diam dan berendam macam ular sawa bila kenyang
Mustafa Ahmad apakah kita merdeka terlalu mudah?
Wan Malek merdeka tak mudah bagi mereka yg memperjuangkannya, tetapi takdak erti bagi orang yang menikmatinya, terutamanya generasi baru, kecuali ada persembahan pentas dan bunga api
Wan Malek dia sama shj seperti anak2 makan nasi lauk yg sedap2, nak buatnya bukan mudah bagi siibu tapi anak2 yg makannya sedap tambah2 kalau lapar, ibu yg buatnya kadang2 tak makan pun kerana puas tengok anak2 makan
Wan Malek begitu juga dlm pelajaran, ibubapa yg susah tak kisah tentang kesusahannya asalkan anak2nya dapat belajar tinggi2 dan dapat kerja gaji mahal2
Wan Malek sebab itu, bagi saya, 'perayaan' bagi merayakan hari kemerdekaan tidak sepatutnya dibuat berlebih2an dan mengambil masa sehingga sebulan, kerana masanya sesuai untuk sehari pada 31hb itu sahaja, kerana jika terlalu panjang orang jadi jemu, dan bila jemu, sambutan pun jadi hambar, sebab tu tahun ini orang tak ghairah pasang bendera di kenderaan dan rumah dan premis kedai, bila ini terjadi, kerajaan merungut, bila merungut itu bermakna kecewa dan gagal
Wan Malek oleh itu 'kemerdekaan' bukan untuk 'dirayakan'
Wan Malek buat sekadar patut satu hari sahaja, perarakan di dataran merdeka pada 31hb itu ok, tapi tak payah buat sambutan sampai sebulan masanya
Wan Malek cina kata 'rayo pun sari jah'
Wan Malek dan saya tetap dengan pendapat peribadi saya istilahnya elok dikembalikan semula kpd 'Hari Kebangsaan'
Wan Malek mengingati kemerdekaan ialah mengingati perjuangannya, yang lebih penting ialah mengisi kemerdekaan itu sendiri, dan komponen paling utama dan paling penting ialah keamanan serta kemajuan ekonomi, dua2 ini pula bergantung kpd sejauh mana kemampuan pemerintah untuk menstabilkan politik negara dan keharmonian kaum serta keselamatan negara
Wan Malek kemampuan menstabilkan politik dan keharmonian negara pula bergantung kpd sejauh mana pula pihak pemerintah memerintah dgn adil dan telus tanpa sebarang unsur2 negatif seperti rasuah dan lain2
Wan Malek erti kemerdekaan tidak akan dapat dihayati oleh rakyat jika sekirannya pihak pemerintah sendiri masih dgn masalah rasuah membelenggui mereka              

No comments:

Post a Comment