Wednesday 29 July 2015

Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia atau PRCSWK


Mengkritik tidak apa.
Tetapi kalau menghina saya tak boleh tahan.
Contohnya,
pertubuhan ini sebagai NGO tepi jalan dan buat aktiviti jual 'Datukship'.
Saya pernah dikata sedemikian melalui percakapan telefon tetapi saya tidak membantah sebab saya sedar saya tiada apa2.
Tiada harta,
Tiada pangkat kebesaran,
Tiada pengaruh.
Kalau lawan pun saya tak boleh menang.
Sekarang sampailah masanya saya sudah boleh jawab sebab saya sendiri menjadi bukti.
Saya tiada apa2 tapi dikurniakan juga.
Kalau dijual saya nak bayar dgn apa?

Seperkara lagi,
kita dikata bahawa pertubuhan ini tidak direstui oleh mana2 istana dan menjalankan percubaan nak ambilalih takhta kesultanan.

Yang ini saya nafikan sekeras2nya bagi pihak pertubuhan,
kerana pertubuhan ini bukan sekali2 diasaskan dengan tujuan seperti itu.
Ianya tiada kena mengena dengan mana2 institusi beRaja yang ada.
Pertubuhan ini ialah sebuah pertubuhan yang telah didaftarkan secara sah dengan ROS berserta lambang atau logo dan 'car crest' pertubuhan.
Pertubuhan ini ada perlembagaannya sendiri dan aktiviti pengurniaan anugerah dan watikah perlantikan adalah sah disisi undang2.
Bahkan sekarang pertubuhan ini telah pun ada penasihat undang2nya sendiri yang ditadbir oleh seorang peguam bertauliah selain dari Bahagian Kerabat, Bahagian Nusantara & Hubungan Antarabangsa dan Pemantauan.
Pertubuhan ini juga tidak mencampuri urusan politik negara. 
Selain daripada itu, penasihat utama pertubuhan ini ialah YBhg. Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Hajjah Ramlah Bt. Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Melayu Malaysia, UNiMEP. 
Selain dari universiti2 tempatan, BTN juga telah menyatakan persetujuannya untuk mengikat kerjasama dengan pertubuhan ini.
Oleh itu,
hentikanlah tuduhan dan tohmahan palsu terhadap pertubuhan ini.
Sebelum memulakan apa2 majlis pun, kami memulakannya dengan lagu NegaraKu selepas bacaan doa.
Kemudian Rukun Negara.
Kemudian Ikrar Pertubuhan.
Kemudian Lagu Tema Pertubuhan.
(Dalam Ikrar Pertubuhan, kami menekankan ikrar kami untuk mempertahankan Perlembagaan dan Institusi Raja Berperlembagaan).
Barulah selepas itu majlis dimulakan dengan acara2nya sehingga tamat.
Oleh yang demikian,
saya harap dengan terbitan ini tiadalah lagi mana2 pihak yang akan memperkecil2kan kewibawaan pertubuhan, apalagi hendak menfitnah kami dengan perkara yang bukan2.
Walau bagaimana pun,
semua pihak digalakkan mendekati pertubuhan ini walau pun hanya sekadar untuk mengenalinya secara lebih dekat sahaja.
Kami membuka pintu seluas2nya kepada anda semua sebagai tetamu kami, 
tak kiralah dari kaum apa dan agama apa.
Pertubuhan ini terbuka dan bersikap pun terbuka juga terhadap sebarang cadangan atau pertanyaan. 
Terima kasih saya ucapkan bagi pihak pertubuhan kepada semua yang berminat untuk mengenali pertubuhan ini dan perjalanan aktivitinya.
InsyaAllah, awal bulan Disember 2015 ini satu majlis atau program khas akan dijalankan oleh pertubuhan ini di Istana Negara pula.
Semoga dengan sokongan anda semua pertubuhan ini akan menjadi sebuah pertubuhan yang boleh memberikan manfaat bukan sahaja kepada ahli2nya bahkan kepada negara ini juga secara umumnya.

'Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung' 

Dari saya,
Dato Paduka Raja Wan Ab Malek Bin Wan Noh,
Bahagian Pemantauan & Multimedia,
PRCSWK. 
Bertarikh : 30hb Julai, 2015.



No comments:

Post a Comment