Saturday 4 July 2015

UMNO, Ketua Bahagian dan JPP

Baru sekarang nampak jelas mengapa pemimpin2 UMNO di peringkat Bahagian dikatakan sangat banyak wang dimiliki semasa dan selepas PRU13 yang lalu.
Ada kata2 bahawa mereka memiliki berjuta2 wang dalam simpanan tetapi tiada siapa yang tahu dari mana wang itu diperolehi mereka.
Sekarang baru jelas bahawa wang itu dari PM Najib sendiri apabila beliau mengagihkannya untuk tujuan mengekalkan kemenangan BN sekaligus mengekalkan juga kuasanya sebagai Perdana Menteri.
Orang2 UMNO sudah tentulah tidak merasa perbuatan seperti ini sebagai sesuatu yang salah bahkan mempertahankannya sebagai sesuatu yang biasa dan wajar walaupun wang itu datangnya dari dana kerajaan. Mereka tidak pernah menganggap wang yang diperolehi itu sebagai sesuatu yang berbentuk suapan atau rasuah politik.
Sekarang rabu sudah berjumpa dengan khamis.
Langit tidak selalu cerah.
Sebab itu saya ada cadangkan bahawa jika kerajaan yang ada ini boleh bertukar tangan, jentera semua peringkat yang ada hubungkaitnya secara langsung dengan kerajaan hendaklah ditukar ganti atau dimansuhkan dengan serta merta termasuk JPP.
Ini kerana kewujudan JPP pun hanyalah semata2 untuk membantu parti UMNO sahaja.
Sebab itu selama ini UMNO dan JPP seperti kentut dengan tahi. Sama busuknya walaupun yang satu pepejal manakala yang satu lagi angin.

No comments:

Post a Comment