Thursday 2 July 2015

Orang Melayu dan Parti DAP


Bagi pemimpin BN demokrasi ialah menyokong dan mengundi lambang dacing.
Bagi pemimpin PAS demokrasi ialah menyokong dan mengundi lambang bulan.
Bagi semua parti2 lain pun begitu juga.
Tidak ada mana2 satu parti pun pernah berkata contohnya,
'undilah parti PAS ambo kalau setuju, kalau tak setuju undilah parti UMNO atau mana2 parti lain'
Kata2 ini tidak pernah kita dengar dari mana2 pemimpin politik dari mana2 parti politik kerana masing2 merasakan bahawa parti mereka sahajalah yang terbaik.
Sindrom ini sebenarnya bukan sindrom demokrasi.
Tanda demokrasi sebenar ialah disamping berkempen untuk parti sendiri, seseorang pemimpin itu harus juga mengakui kelebihan yang ada pada parti2 yang lain.
Ini tidak perlu diluahkan secara terbuka tetapi cukup dengan tidak mengutuk parti2 lain itu secara keterlaluan.
Saya harap DAP mengorak langkah pertama bagi membuka jalan baru kearah mewujudkan semula suasana harmoni ini dikalangan semua pemimpin parti2 politik negara ini.
Mulakanlah gerakan mencari dan melantik penasihat2 melayu yang berkaliber dan jujur.
Saya yakin jika ini mahu dibuat, ianya akan mengundang ramai orang2 melayu cerdik pandai untuk menyertai parti ini kerana UMNO dan PAS pun tidak lagi memerlukan mereka dan DAP pun dilihat sebagai parti yang moderate.

No comments:

Post a Comment