Wednesday 1 July 2015

Tapak Bazar Ramadan Tanpa Program Kerajaan

Kenapa dibulan puasa tiada program dibuat di tapak bazar ramadan oleh mana2 pihak seperti RTM atau KKM atau KPDNKK atau AADK atau PDRM atau Bomba atau PNB atau mana2 badan dan agensi kerajaan yang lain?.
Saya kira tidak salah kalau dibuat program yang bersesuaian yang bukan berbentuk hiburan yang melalaikan dan juga bukan berbentuk politik.
Contohnya, RTM boleh adakan program pentas kecil dengan acara2 seperti nyanyian nasyid, tazkirah agama dan lain2 acara santai.
Dengan ini, selain berbelanja orang ramai yang berkunjung bolehlah juga mendapat hiburan ringan bersekali dengan maklumat yang hendak disampaikan seperti mengingatkan mereka tentang betapa pentingnya kawasan rumah dijaga bersih untuk mengelak wabak denggi atau seumpamanya.
Tidaklah sangat bazar ramadan menjadi tempat orang membeli belah sahaja tetapi tempat pun menjadi bertambah meriah dan menarik.
Saya cadangkan ianya dimulakan di tapak bazar ramadan Kuala Besut (depan rumah mertua saya) tahun depan sekurang2nya dua kali dalam sebulan bulan puasa. Dan juga di tempat2 lain yang dipilih tapaknya secara random di seluruh negara.
UP :
Kak Ngah Kelantanfm
AbeHim KelFm
YBhg Dato' Hisham Abdullah KP KKM

No comments:

Post a Comment