Wednesday 1 July 2015

Pemimpin Melayu, Korupsi dan Demokrasi


Saya tak boleh nak ramal atau jangkakan secara tepat bagaimana keadaan dan suasana politik tanah air selepas bulan ramadan nanti.
Terlalu banyak isu2 yang berunsur rasuah timbul.
Lepas satu satu.
Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja isu baru dan semuanya melibatkan wang atau dana kerajaan.
Dan semua yang terlibat adalah pemimpin2 melayu.
Apakah ini tanda2nya bahawa negara sudah menghampiri kehancuran ekonominya? yang juga membawa makna bahawa itulah juga kehancuran politiknya? oleh pemimpin2 melayunya sendiri?.
Apakah mungkin selepas bulan ramadan ini akan berlaku satu tunujuk perasaan atau perhimpunan rakyat terbesar dalam sejarah negara di Kuala Lumpur?
Apakah mungkin selepas kerajaan dan pemerintah yang ada ini digulingkan barulah negara boleh diperbetulkan semula oleh kerajaan dan pemerintah yang baru?
Apakah itu sudah betul2 menjadi hasrat dan harapan rakyat?
Atau mahu menunggu PRU14 dan membiarkan sahaja masa yang ada digunakan dengan sepenuhnya oleh kerajaan dan pemerintah yang ada ini untuk memperkemaskan semula kedudukan mereka supaya selepas PRU14 mereka masih lagi berkuasa?
Terpulanglah kerana negara kita di bawah sistem commonwealth yang mengamalkan pemerintahan demokrasi.
Demokrasi hanya ada dua sahaja cabangnya.

(Bukan Satu (1) cabang sepertimana yang PM Najib hendak cuba semai dan terapkan dalam pemikiran orang2 melayu dengan konsep 1Malaysia-nya itu)
Satu mensejahterakan rakyat dan membawa negara kearah kemajuan ekonomi.
Satu lagi menekan rakyat dan membawa negara kearah kehancuran ekonomi.

Saya harap menjelang 31 Ogos 2015 sekurang2nya terlebih dahulu PM Najib sudah pun turun melalui undi tidak percaya di Parlimen untuk membolehkan rakyat Malaysia memberikan semula penghormatan kepada jalur gemilang dan mengibarnya dengan seyuman dan kegembiraan.

No comments:

Post a Comment