Saturday 4 July 2015

Suhu 1MDB Semakin Panas

suhu isu PM Najib dan 1MDBnya semakin panas
kalau air yang dimasak dalam cerek berhidung
ianya sudah mengeluarkan bunyi siulan menandakan air itu sudah menggelegak
dari jauh pun sudah boleh didengari
semakin hari semakin bertambah ramai orang yang berbicara tentang isu ini
ada yang berpihak kepada PM Najib dan berkata begitu begini dalam cubaan mempertahankan bosnya
mereka adalah menteri2 kabinet dan jentera parti UMNO
ada yang berpihak kepada Tun Dr M dan menyelar kiri dan kanan
mereka adalah dari parti2 pembangkang dan rakyat biasa
walaupun PM Najib menerima sebegitu berat tuduhan dan tekanan
beliau tetap tidak mahu meletak jawatan
bahkan mahu menyaman pula pihak2 yang dikatakan cuba menjatuhkannya
oleh yang demikian
buat pada masa ini tiada siapa yang boleh menentukan lagi apa kesudahannya episod ini
walau bagaimana pun
saya melihat sesuatu yang agak jelas
ratio atau nisbah mereka yang berpihak kepada PM Najib dan Tun Dr M sangat jauh bezanya seperti langit dan bumi
kalaulah dibuat konsensus
sudah tentu PM Najib dipihak yang kalah

dan itulah juga yang diramalkan dalam PRU14 nanti bagi BN

No comments:

Post a Comment