Thursday 2 July 2015

Negara Malaysia Negara Baru Selepas PRU14


Saya hanya nak bayangkan begini secara mudah sahaja supaya padan dengan mentaliti saya sebagai orang kampung biasa.
Kita duduk di sebuah pulau dengan satu keluarga 10 orang (5 kelamin).
Oleh kerana kita yang mula2 naik dan pijak maka kita pun namakan pulau itu sebagai 'Pulau Aku'.
Mula2 kita tanam pokok kelapa 10 batang kerana kita bersepuluh.
Sambil tunggu pokok2 kelapa itu besar kita buat sampan dan menjala.
Dapat ikan kita goreng sahaja dan masak nasi.
Nasi dan minyak dan garam memang dah ada bawa.
Bila pokok kelapa dah besar dan berbuah, kita jual untuk dapat hasil dalam bentuk wang ringgit.
Mula2 dapat RM100 sahaja.
Bahagikan dengan 10 maka dapatlah RM10 seorang.
Lama kelamaan pokok kelapa ini menjadi ladang yang besar kerana pulau ini kawasannya luas beribu ekar dan kami pun dari keturunan rajin bekerja.
Hasil pun dah bertambah menjadi berbilion ringgit.
Dari wang itu dibuat jalan raya, dibina sekolah dan universiti kerana rakyat sudah bertambah ramai, dibina bank2, dibina hospital dan lain2 kemudahan untuk orang ramai.

Kebetulan kumpulan kami 5 kelamin yang meneroka itu adalah dari baka yang baik.
Cepat membiak seiring dengan pokok kelapa.
Bak kata pepatah, 'jatuh ke darat menjadi gunung, jatuh ke laut menjadi pulau'.
Maka majulah pulau ini sehingga ditukar nama kepada
'Negaraku Darussalam'.
Pada masa ini negara ini sudah dilantik seorang Sultan dan Perdana Menteri serta menteri2 kabinet.
Aman dan makmurlah negara ini kerana hasil negara diagihkan kepada setiap rakyat secara adil dan saksama.
Pemerintah yang memerintah tiada yang inginkan lebih kecuali cukup2 untuk dirinya dan keluarga seperti juga rakyat biasa, jauh sekali terfikir untuk mengamalkan rasuah.
Tidak bolehkan Malaysia dimulakan semula dengan cara ini?
Walaupun penduduknya berjumlah 30 juta orang, saya yakin era baru boleh dimulakan jika rakyatnya bersetuju supaya pemerintah yang baru dilantik.
Pemerintah dan kerajaan yang baru ini hendaklah orang2 yang tidak tamak dan tidak bercakap bohong.

No comments:

Post a Comment